Wednesday 23 October 2013

Lelaki maut, 2 rakan cedera nahas di Temerloh

KUANTAN - Seorang lelaki maut manakala dua rakannya cedera apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Km10 Jalan Triang-Temerloh dekat Temerloh hari ini.

Pemangku Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Asisten Superitendan Zainalabidin Othman berkata dalam nahas pada 7.10 pagi itu kenderaan yang dinaiki tiga lelaki berkenaan dalam perjalanan dari arah Triang menghala ke Temerloh.

"Lori yang datang dari arah bertentangan itu dipercayai hilang kawalan dan masuk laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Pajero itu.

"Akibat itu, mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan, Azli Ismail, 33, berasal dari Felda Sungai Retang, Jerantut mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu dan seorang lagi penumpang Pajero yang berumur 30-an mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

Pemandu lori berkenaan juga cedera ringan, katanya.


- BERNAMA

No comments:

Post a Comment