Maziraton mengeluarkan bekalan pelbagai jenis ubat untuk dia dan suami yang perlu diambil setiap hari bagi tempoh tiga bulan.
BUKIT BERUNTUNG - Sepasang suami isteri yang menghidap penyakit tulang belakang kronik terus merayu simpati orang ramai dan pihak berkaitan untuk membantu mereka.
Jika sebelum ini hanya si suami terlantar setelah menjalani 13 pembedahan tulang belakang akibat masalah syrinyomyelia, tetapi kini isterinya yang merupakan bekas jururawat turut menanggung sakit sama dan terbaru dia disahkan menghidap leukemia.
Mohd Sapian Ismail, 42, menghidap barah tulang belakang berikutan masalah tulang belakang yang patah setelah terbabit dalam nahas jalan raya di Muar pada 1997.
Dia yang merupakan bekas anggota tentera di Kem Batalion 303, Pengkalan Hulu, Perak, sudah tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya bergantung kepada kudrat isterinya.
Menurutnya, ketika menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur itu dia hanya dijaga oleh seorang jururawat, Maziraton Jantan, 42, yang kini menjadi isterinya.
Bagaimanapun, Maziraton turut mengalami masalah saraf pada tulang belakangnya akibat terjatuh di tangga ketika melakukan kerja pembersihan di kawasan apartmen kediamannya pada November 2011.
Maziraton terpaksa meninggalkan profesionnya sebagai jururawat kerana mahu menjaga suami dan kini hanya bekerja sebagai tukang sapu untuk menampung kehidupan mereka.
“Saya juga sepatutnya menjalani pembedahan tulang belakang sebab semakin membengkak, tapi tidak sanggup buat pembedahan sebab kalau bedah, saya mungkin terlantar jadi tiada siapa boleh jaga abang.
“Saya terpaksa lawan sakit, sanggup bergantung pada ubat demi jaga abang,” katanya.
Menurutnya, dalam kesakitan dia tetap perlu bekerja kerana jika tidak bantuan kebajikan yang diberikan akan terhenti dan sumber pendapatannya juga tertutup.
Artikel lengkap di sini
No comments:
Post a Comment