Wednesday, 23 October 2013

GST: Amaran awal kepada kerajaan

Nampaknya masih ramai yang melontarkan pendapat tanpa mengetahui apa yang mereka katakan. Contohnya yang berikut ini:

GST

SHAH ALAM - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Jerit bersama Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menganjurkan Protes Bantah GST di tujuh lokasi di seluruh negara bagi memberi "amaran" awal kepada kerajaan.

Bendahari Kehormat PSM, A Sivarajan berkata "amaran" ini dilakukan bagi menggesa kerajaan mengkaji semula keperluan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebelum pembentangan Bajet 2014, pada Jumaat ini.

Menurutnya, kerajaan boleh memperkasakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum melaksanakan GST.

"Protes ini dilakukan demi untuk bantah kemungkinan GST diperkenal pada Jumaat yang bertujuan, ganti SST.

"Cukai GST ini bukan cukai tetap tapi cukai tambahan, setiap pemberian cukai perkhidmatan hanya menguntungkan peniaga tetapi yang menjadi mangsa adalah pengguna.

"Perlaksanaan GST akan membebankan rakyat, sepertimana yang berlaku di Singapura, kajian telah menunjukkan di Singapura harga barangan naik mendadak selepas perlaksanaan GST ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian Online hari ini.

Protes Bantah GST yang diadakan di Syeksyen 15 Shah Alam ini disertai oleh hampir 30 orang yang terdiri daripada ahli PSM, serta ahli NGO Jerit.

Protes ini turut mendapat sokongan orang ramai yang turut membunyikan hon apabila melalui kawasan tersebut.

Lokasi lain ialah di Brickfields, Kuala Lumpur, Skudai, Ipoh, Perak, Kajang, Melaka dan Seremban.


- Disiarkan di portal atas talian Sinar Harian

No comments:

Post a comment