Thursday 28 November 2013

Manchester United boleh kejar Arsenal

United boleh kejar Arsenal
Kejar...Giggs (kanan) gagal memintas kemaraan pemain muda Arsenal, Serge Gnabry pada pertemuan EP L di Old Trafford, 10 November lalu.


KUDA tua The Red Devils, Ryan Giggs mengakui bahawa Arsenal kini merupakan pasukan pilihan untuk memenangi gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini berdasarkan prestasi cemerlang dipamerkan skuad bimbingan Arsene Wenger itu.

Namun, pemain kebangsaan Wales itu masih percaya mereka mampu mengejar kedudukan The Gunners sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.

Menyifatkan apa yang mereka alami kini sama seperti senario yang berlaku musim lalu, Giggs berkata: “Tiada beza, musim lalu kami ketinggalan lapan mata daripada enam perlawanan dan kini kami hanya tujuh mata di belakang dengan 12 baki perlawanan.

“Tidak dinafikan awal musim ini amat mengecewakan, tapi untuk 10 perlawanan terakhir tidaklah terlalu buruk,

"Kami yakin perlawanan minggu ini kami boleh menang. Lagipun hanya Arsenal pasukan yang dilihat mempunyai pilihan, jadi kami masih lagi mampu menyaingi mereka."

Sementara itu, sedar akan berdepan laluan sukar ketika berkunjung ke Tottenhan Hotspur Ahad ini, Giggs mengakui United tidak boleh melakukan sebarang kesilapan sekiranya mahu terus mengekalkan gelaran juara.

No comments:

Post a Comment