Monday 7 October 2013

Syamsul Yusof memencilkan diri: Apa komen orang ramai?

Syamsul Yusof memencilkan diri: Apa komen anda?

Filem arahan Syamsul Yusof, KL Gangster 2 yang bocor di internet telah menyebabkan pengarah muda itu memencilkan diri untuk lebih dari sebulan, menurut bapanya, Datuk Yusof Haslam.

Filem yang menelan belanja lebih RM4 juta ini turut dibintangi Aaron Aziz, Sofi Jikan, Zizan Razak dan Syamsul sendiri dipercayai dimuat naik oleh individu yang tidak bertanggungjawab pada Ogos lalu.

Samsul menerusi akaun Facebook miliknya sebelum ini memberitahu pihak Skop Production dan Grand Brilliance akan mengambil tindakantegas terhadap mana-mana pihak yang didapati terbabit memuat naik dan mengedarkan filem itu di mana-mana media.

Astro AWANI telah mendapatkan reaksi orang ramai menerusi lamanFacebook mengenai perkara ini dan berikut merupakan antara komen yang diberikan:

Mimi Yuslinda Yusof: Ayuh Shamsul, ini sebahagian daripada lumrah hidup. Bangkit dan terus ke depan!

Boy Hamizan: Filem KL Gangster 2 ni mesti meletop la. Walaupun dah bocor. Lagi satu, gangster mana boleh merajuk!

Encik Kudin: Banyak orang yang diduga lebih hebat dalam dunia ni.

Rahim Rahman: Jangan berputus asa!!! Teruskan perjuanganmu dalam seni perfileman yang mencabar dan sofistikated. Harap Syamsul berani mencuba filem baru yang berunsurkan politik kenegaraan dalam menentang lanun cetak rompak dan perlanggaran integriti.

Smart Esdey: Tentu ada hikmah yang tersembunyi, dimana Allah akan menggantikan dengan rahmat dan rezeki yang lain yg melimpah ruah. Teruskan berdoa dan berusaha.

Alyaa Syafiah: Syamsul, kami suka filem KL Gangster awak. Buatlah filem banyak-banyak lagi.

Razi Massailan: Saya tetap akan menonton filem awak di pawagam. Baru ada feel!

Syddnish Syd: Sabar. Dugaan dari Allah!

Ynnor Enoch: Teruskan berkarya untuk memajukan industri perfileman negara

Abdul Basit Bookie Sam: Bangkit dan pandang ke hadapan..
Sumber: ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment