Gambar hiasan
Nyanyuk atau alzheimer, penyakit ini sering dikaitkan dengan mereka yang berumur 65 tahun ke atas, tetapi sebenarnya ia juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang dari usia warga emas itu.
Pada kebiasaannya, kesan nyanyuk sinonim dengan memori kerana penghidap akan mengalami keadaan di mana seseorang itu tidak mampu untuk mengingati sesuatu perkara yang baru.
Seterusnya, penyakit ini juga dapat dikesan apabila seseorang itu yang pada keadaan biasa, suka bergaul, secara tiba-tiba lebih gemar menyendiri, menjadi pendiam dan mengasingkan diri daripada orang di sekelilingnya.
Alzheimer juga boleh membawa kepada satu tahap yang agresif seperti bercakap secara berulang-ulang, cepat naik angin sehingga kadang-kadang menjerit dan lebih teruk bertindak menendang apa sahaja yang ada berhampirannya.
Penyakit ini juga boleh terjadi disebabkan kurang tidur dan mereka sering melihat atau mendengar sesuatu yang sebenarnya tidak wujud (halusinasi). Pada tahap ini, sel-sel otak tidak lagi berfungsi sepenuhnya.
Bagaimanapun, kes yang biasa berlaku adalah tidak dapat mengingati di mana sesuatu barang itu diletakkan. Sekiranya ia sangat kerap berlaku dalam sesuatu masa (sehari), itu adalah tanda-tanda awal pengidap alzheimer.
Setakat ini, menu pemakanan bukanlah antara penyebab penyakit alzheimer berlaku dan ia juga bukan penyakit keturunan.
Tetapi, sekiranya dalam sesebuah keluarga itu mempunyai pesakit ini, peratusan risiko untuk ahli keluarga lain mendapat nasib sama, ada.
Pun begitu, percaya atau tidak, penyakit alzheimer juga boleh terjadi disebabkan seseorang itu mengidap strok yang menyerang saraf otak biarpun berusia kurang dari 65 tahun yang dikategorikan sebagai Vaskular Dimentia.
Namun harus diingat, seseorang yang menghadapi alzheimer ini tidak akan perasan dengan perubahan mereka, tetapi orang di sekeliling perlu mengambil tindakan segera supaya ia tidak berlarutan kerana boleh menyebabkannya berada dalam keadaan kritikal.
Jalani Kaunseling
Pesakit alzheimer tidak akan menyebabkan kematian secara langsung, tetapi boleh berlaku secara tidak langsung apabila mereka ini merayau-rayau dan tidak cukup tidur serta tidak makan, dan dijangkiti kuman sehingga mengakibatkan kematian.
Bagi alzheimer, rawatan yang dapat dijalankan adalah melalui kaedah memberi ubat-ubatan dan menjalani sesi kaunseling, namun sokongan daripada keluarga amat penting selain pesakit itu sendiri.
Kebiasaannya, sesi kaunseling akan berlangsung secara berperingkat dan dalam waktu sama, kumpulan itu akan mengajar semula asas kehidupan secara beransuransur kepada pesakit untuk mengembalikan semula ingatannya dan dapat menguruskan diri sendiri.
Bacaan lebih lanjut di sini
No comments:
Post a Comment