Monday 7 October 2013

Kambing dua wajah

Kambing dua wajah
Kambing dua wajah ini menjadi tumpuan penduduk tempatan di Whiting.


MONTPELIER - Amerika Syarikat. Seorang petani terkejut apabila mendapati seekor daripada lapan kambingnya dilahirkan dengan dua kepala di ladang Whiting, Vermont.

Kristen Quesnel berkata kepada Daily Mail, kambing itu mempunyai dua kepala, dua telinga, empat mata dan satu otak.

“Dari lapan kambing yang beranak, hanya seekor mengalami kecacatan namun disahkan sihat oleh veterinar,” katanya.

Menurutnya, segala gerak geri anak kambing itu berlaku serentak memandangkan ia mempunyai satu fungsi otak.

“Kambing itu makan dengan kedua-dua mulut. Perlakuannya mencuit hati apabila segala pergerakan seperti makan, minum dan tidur berlaku serentak.


Sumber

No comments:

Post a Comment