Monday 7 October 2013

Januzaj bintang baru Manchester United?

Moyes puji Januzaj
Januzaj (kanan) muncul watak utama dalam kemenangan United, kelmarin


PENGURUS Manchester United, David Moyes memuji sumbangan besar Adnan Januzaj ketika membantu kemenangan The Red Devils di Stadium of Lights, kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, United bangkit daripada ketinggalan untuk membenam Sunderland 2-1 hasil jaringan Januzaj pada minit ke-61 dan m-62, sekali gus memadam gol pembukaan Craig Gardner di babak pertama.

Ini merupakan kali pertama pemain berusia 18 tahun itu disenaraikan dalam kesebelasan United.

"Saya mahu menurunkannya dalam dua atau tiga perlawanan lalu. Tapi untuk alasan yang berbeza-beza, saya tidak dapat melakukannya.

"Tapi, saya fikir menentang Sunderland adalah waktu sesuai untuk dia bermain dan ia keputusan yang tidak sia-sia," ujar Moyes.

Pada masa sama, Moyes percaya Januzaj memiliki bakat dan potensi untuk menjadi pemain hebat di Old Trafford bagaimanapun dia meminta pemain itu tidak tenggelam dengan pujian.

"Saya mahu dia berpijak di bumi nyata dan tidak besar kepala selepas ini," katanya.


Sumber

No comments:

Post a Comment