Wednesday, 31 July 2013

5 maut dalam kemalangan ngeri


5 maut dalam kemalangan ngeri

JOHOR BAHRU:  Lima maut manakala seorang lagi cedera dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 21, Jalan Johor Bahru-Air Hitam, Johor, kira-kira jam 2.30  pagi tadi.

Kemalangan membabitkan kereta pelbagai guna, MPV, yang dinaiki enam rakan itu.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta berkenaan gagal mengawal kenderaan, lalu terbabas sehingga melanggar pokok dan tiang lampu di tengah pembahagi jalan.

Pemandu Mohd Fadzli Mohd Fakri, 20, dan empat penumpang belakang, Hairul Adham Hamidan,21, Nazierul Khalies Mohd  Ashar,23, dan Nor'ain Alias, 23,  mati di tempat kejadian.

Manakala,  Nor Syarifah  Hazwani Bardaidi, 21, yang duduk di bahagian hadapan mengalami kecederaan dan di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Seorang lagi mangsa yang maut masih belum dapat dikenal pasti.
-- Astro Awani 

Saya tidak akan minta maaf, kata pembikin video Raya bersama anjing

Saya tidak akan minta maaf, kata pembikin video Raya bersama anjing

KUALA LUMPUR:  Saya tiada niat untuk menghina Islam dan saya tidak akan memohon maaf untuk sesuatu yang saya anggap bukan satu kesalahan.

Itulah adalah kata-kata pembikin video kontroversi YouTube bertajuk ‘Video Menghina Islam 1 Hari di Hari Raya’, yang dikatakan menghina Islam.

Maznah Mohd Yusof, yang juga dikenali sebagai Chetz Yusof, berkata dia tidak akan memohon maaf kerana berpendapat ia bukan kesalahan ataupun tanggungjawabnya sekiranya orang ramai tersalah faham tentang maksud sebenar video itu.

“Jikalau saya memohon maaf untuk video itu, ia bermaksud saya bersetuju bahawa saya membuat sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Video itu bukan menghina Islam. Membuat tuduhan bahawa saya ingin menghina Islam ialah seperti memfitnah saya,” kata jurutera berumur 38 tahun itu kepada Astro Awani.

Video yang berdurasi 1 minit 44 saat itu memaparkan Chetz memakai Baju Melayu hitam dan membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula serta mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).

Ia turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga" dengan gambar seorang lelaki duduk bersama tiga ekor anjing di atas sofa.

Chetz mengakui beliau adalah pembikin asal video berusia tiga tahun itu dan video itu dimuat naikkan semula tanpa kebenarannya.

Dia juga mendakwa tajuk video itu telah diubah oleh orang yang memuat naikkan semula video itu untuk menggambarkan dia menghina Islam.

“Adakah membela anjing itu sesuatu yang tidak Islamik. Saya hendak bertanya, siapa yang sebenarnya menghina Islam? Saya pastikan anjing-anjing saya bersih. Saya menjaga mereka dengan baik. Jadi, apa masalahnya?

“Saya menjaga anjing-anjing saya mengikut ajaran Islam dan Quran. Orang-orang yang memuat naik semula video itu salah tafsir kandungan video dan terlalu beremosi.

“Saya hanya merakamkan ucapan Hari Raya. Saya hendak menunjukkan di video itu bahawa saya pergi berjalan dengan anjing-anjing saya di waktu pagi. Jadi, apa isunya? Saya benar-benar tidak faham.

“Bersihkan anjing-anjing saya? Adakah salah untuk saya bersihkan anjing-anjing saya? Saya bersihkan seluruh badan anjing-anjing itu. Dalam video saya, saya hanya mencuci tangan saya.

“Mesej saya adalah kita sambut Hari Raya bukan sahaja dengan manusia tetapi dengan spesis lain termasuk haiwan,” katanya.

Chetz berkata dia kini bimbang tentang keselamatannya, anjing-anjingnya serta keluarganya selepas menerima ancaman bunuh menerusi SMS.

“Saya telah membuat laporan polis semalam tentang orang-orang yang telah memuat naikkan video itu semula dan menuduh saya menghina Islam. Hari ini saya akan membuat lagi satu laporan polis mengenai ancaman bunuh yang saya terima,” katanya.

-Astro Awani 

Suspek mungkin pembunuh upahan - Mohmad Salleh

Suspek mungkin pembunuh upahan - Mohmad Salleh

KUALA LUMPUR:  Susulan kes tembak yang menyebabkan Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi maut semalam, Polis Kuala Lumpur mengesyaki individu tersebut merupakan pembunuh upahan.

Menurut Ketua Polis KL, Datuk Mohmad Salleh beberapa imej dan gambaran suspek dikenalpasti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ditempatkan di sekitar kuil di lokasi kejadian.

Tambah beliau, dalang sebenar disebalik pembunuhan masih belum dikenalpasti. Walaubagaimanapun, pihak polis telah mengenalpasti tujuh saksi yang turut berada ditempat kejadian bagi membantu siasatan.

"Kita sudah (kenalpasti) ramai saksi dan sekarang kita nak padankan kenyataan mereka untuk  (mendapatkan gambar) menjurus ke arah spesifik agar suspek boleh dikenalpasti dengan lebih spesifik," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis KL.

Polis juga tidak menolak kemungkinan pembunuhan ini mempunyai kaitan dengan urusan jual beli hartanah.

Sementara itu, isteri mangsa yang turut tercedera waktu kejadian ditempatkan di Hospital Prince Court dan beliau dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil.

Pihak polis bagaimanapun masih lagi belum mengambil keterangan dari mangsa.

Semalam, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di sebuah kawasan meletak kereta selepas keluar dari sebuah tokong cina, Kuan Yin Temple di Lorong Ceylon di Kuala Lumpur.

Kejadian berlaku kira-kira jam dua petang ketika mangsa datang ke tokong itu berjumpa dengan seorang rakannya untuk berbincang mengenai urusan jual beli saham. -
-Astro Awani

Tuesday, 30 July 2013

Musa Hassan: Sanjeevan terlalu lantang

Musa Hassan: Sanjeevan terlalu lantang

KUALA LUMPUR:  Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (NGO) My Watch, R Sri Sanjeevan terlalu lantang hingga ada pihak mengambil keputusan menembak beliau.

Katanya beliau pernah menasihatkan Sanjeevan agar tidak terlalu lantang dan menyelesaikan beberapa isu dengan saluran yang sepatutnya.

"Sanjeevan ini terlalu lantang, saya pernah nasihatkan dia kalau ada maklumat pergi ke MACC, kalau nak kerjasama dengan polis, buat cara yang betul, kerjasama dengan polis yang dia percaya, serah kepada mereka untuk ambik tindakan, tetapi dia buat pematauan sendiri, dia di Jempol buat pemantauan dan mendapat ugutan," katanya kepada Astro AWANI.

Musa menasihatkan semua badan bukan kerajaan (NGO) menggunakan saluran yang betul jika berhasrat menyalurkan maklumat berkaitan jenayah di negara ini.

Katanya, pihak yang terlibat dengan NGO berkaitan jenayah perlu sedar bahawa mereka perlu mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada dan perlu mengikut prosedur.

Mengulas mengenai peranannya dalam MyWatch, Musa berkata dia hanyalah penaung NGO tersebut dan sentiasa mengikut prosedur jika mempunyai maklumat.

"Saya sendiri kalau lantang atau berterus terang nanti orang kata saya ni anti kerajaan, saya anti polis, saya bekas polis, saya sayang pasukan polis.

"Sebab itu saya cakap kalau nak naikkan imej polis atau pulihkan persepsi masyarakat terhadap polis, ia boleh dibaiki oleh anggota polis sendiri, kalau dia jujur, ikhlas orang akan percaya, itu saja," katanya.

Musa mengulas kejadian tembak yang melibatkan pengerusi MyWatch, Sanjeevan berhampiran Taman Cempaka di Negeri Sembilan Sabtu lalu.

Dalam kejadian tersebut, Sanjeevan cedera parah akibat ditembak dua lelaki bermotosikal ketika memandu keretanya untuk minum petang bersama seorang rakan.

Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan berada di Hospital Serdang untuk menjalani pembedahan mengeluarkan peluru selepas dipindahkan dari Hospital Tunku Jaafar, Kuala Pilah. -- Astro Awani 


Missing diamond from temple recovered

Missing diamond from temple recovered

GEORGE TOWN: The missing diamond from the Goddess of Mercy (Kuan Yin) Temple in Jalan Masjid Kapitan Keling here has been recovered.

Southwest police chief Supt Ismail Idris said the 200-year old diamond was found concealed under a pile of shattered glass by members of the temple management team while cleaning up the broken glass encasing.

The diamond was placed back on the goddess statue forehead, he said when contacted.

At 1pm yesterday, a 35-year-old man was badly beaten up by several devotees as they suspected him of attempting to steal the precious diamond.

They attacked the man as he was found holding a hammer that was allegedly used to smash the glass encasing.

Ismail said the missing diamond was not found on the man when the police carried out a body search on him yesterday.

He said the suspect, who suffered head injuries, was warded at the Penang Hospital and his condition was reported to be stable. -- BERNAMA 

Selena Gomez masih solo, Bieber hanya kawan

Selena Gomez masih solo, Bieber hanya kawan

LOS ANGELES:  Walaupun sudah berpisah  Selena Gomez mengakui masih berhubungan dengan bekas kekasihnya, Justin Bieber.

Baru melancarkan album "Stars Dance" Gomez mengakui selesa hidup bersendirian.

November lalu penyanyi Justin Bieber dan Gomez mengambil keputusan untuk berpisah selepas dua tahun bercinta.

“Saya sukakan kehidupan saya sekarang. Saya suka bersama rakan-rakan saya dan kehidupan saya amat sederhana. Saya kenal beliau sudah lama dan kami suka meluangkan masa bersama. Tapi yang pasti, saya sudah solo,” kata beliau.

Mencipta populariti sejak usia belasan tahun, Gomez menjadikan Taylor Swift sebagai sumber inspirasi.

“Taylor merupakan antara orang yang begitu tabah. Beliau telah melalui pelbagai cabaran dan berjaya meluahkannya menerusi muzik beliau. Itulah cara beliau untuk meluahkan perasaan beliau,” tambah Gomez.

Selena Gomez dalam rangka jelajah dunia bermula di Vancouver 14 Ogos dan berakhir pada 27 November.
-Astro Awani 

The thinnest Android - The Ascend P6, priced at RM1,399





Huawei has launched the Ascend P6 smartphone which runs on Android 4.2.2 Jelly Bean and is said to be the thinnest smartphone on the market, at just 6.18mm thick.

In spite of its thin profile, the P6 is packed with features and runs on a Hi-silicon K3V2 1.5GHz quad-core processor and has a 4.7in (1,280 x 720-pixels) display.

However, while the phone supports UMTS and GSM and can work at HSPA+ speeds, it does not support the newer LTE networks.

Apart from how thin it is, the P6 comes with an 8-megapixel camera on the back and a 5-megapixel front-facing camera, which is possibly the highest megapixel count for a front-facing camera in smartphones.

Huawei is pricing the P6 very competitively at RM1,399 and stocks are available now in white and black while a pink version is due to appear in October.


- TechNews @The Star

Rambo Bentong didakwa bunuh dan rogol remaja 17 tahun


TEMERLOH:  Rambo Bentong yang sedang menjalani hukuman penjara berjumlah 133 tahun selain 50 sebatan atas kesalahan rogol, seks luar tabii serta cubaan membunuh anggota polis, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan membunuh dan merogol seorang remaja perempuan pada 2009.

Tertuduh atau nama sebenarnya Rabidin Satir, 42, didakwa membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, antara pukul 11.30 malam 7 Mac 2009 hingga 1.50 tengah hari 8 Mac 2009, di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong.

Rabidin, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Tertuduh juga didakwa merogol mangsa sehingga menyebabkan kematiannya di tempat dan masa yang sama, mengikut Seksyen 376(4) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Rabidin mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Dusun oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Azman kemudiannya menetapkan 26 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula.

Rabidin diwakili peguam Richard Bong Chong Fook manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa.

Pada 5 Feb lepas, Rabidin yang tidak bekerja dijatuhi hukuman penjara berjumlah 115 tahun dan 50 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Raub terhadap empat pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan seks luar tabii ke atas empat mangsa perempuan berumur antara lapan hingga 17 tahun.

Pada 21 Mac lepas pula dia dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen Raub selepas mengaku bersalah menyerang dan mencederakan Konstabel Mohd Suhaimi Md Razali, 24, dengan sebilah parang di sebuah rumah bernombor 43 di Taman Shahbandar Husin, Bentong pada kira-kira 6 petang, 14 Nov 2012.

-BERNAMA

How to prevent food poisoning



Sometimes we don't really know what goes into our body until the obvious signs of food poisoning take place.

It's a health concern that has affected us all at one point or another. With Malaysia being a heaven for good food, we are prone to suffer from the occasional effects of food contamination. The cause is food-borne microbes which can lead to nausea, vomiting, diarrhoea, dehydration, abdominal cramps and fever.

Having said that, you are as likely to get ill from food prepared at home as the ones you eat outside. Unfortunately, there isn't a way to spot bacteria on food but you can take some simple steps to prevent or reduce incidences of food poisoning.

Wash hands thoroughly

When handling food, it is important that we keep our hands as clean as possible. Cross contamination can happen when the cooked food that you are handling comes into contact with raw meat and poultry. Thus, you should wash hands with soap and warm water for at least 20 seconds, most especially when handling raw meat, eggs and seafood.

Separate raw meat

This is an important aspect in preventing food contamination. So keep raw meat away from ready-to-cook foods such as salad, fruits and bread. These foods can become contaminated when come into direct contact with raw foods or the drippings from raw foods. If thawing in the fridge, always cover raw meat and store it on the bottom shelf to avoid the said problems.

Keep your fridge below 5°C

Foods need to be refrigerated or chilled at the proper temperature to stop the food-borne bacteria and organisms from growing. Any level of temperatures between 4°C and 60°C will encourage them to grow rapidly, so always check that temperature is below 5°C. Also, refrigerated foods must not be left sitting out at room temperature for more than two hours.

Use different chopping board

Harmful microbes can easily transfer from raw foods to other foods, most especially when it comes into contact with anything they touch like worktops, plates, knives, utensils and cutting boards. It is recommended that you use separate boards for raw food, vegetables and bread. This will prevent cross contamination from occurring.

Cook food thoroughly

The surest way to kill off bacteria is to cook food all the way through. Certain foods like poultry, pork, beef and eggs should be cooked completely until steaming hot. Many of the nasty organisms thrive in these foods while raw, so cook meat until it is no longer pink inside, and the egg yolks and whites are firm. Use a food thermometer if you need to.

Source: WiseGeek, NHS UK

Extracted from MLP Health

Sedia latihan untuk pengemis



KUALA LUMPUR:  Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, perbuatan menjual barangan seperti tisu oleh mereka yang memegang kad Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak salah.

Dalam reaksi segeranya, beliau menegaskan perbuatan itu tidak menyalahi undang-undang kerana terdapat penawaran dan pembelian.

- Astro Awani 

Arab Malaysian Bank founder gunned down, wife seriously injured


Arab Malaysian Bank founder gunned down, wife seriously injured

KUALA LUMPUR:  Arab Malaysian Banking Group founder Hussain Ahmad Najadi was gunned down in cold blood, while his wife was seriously injured when they emerged from the Kuan Yin Temple in Lorong Ceylon this afternoon.

A gunman who crept from behind, fired randomly at Hussain Ahmad, 75, and his 49-year-old wife at close range, killing the renowned banker on the spot near a car park.

The septuagenarian sustained two shots in the chest while his wife was hit in the left hand and right leg in the 2pm incident.

Initial police investigations revealed that the gunman was among three people who waited outside the temple for Hussain Ahmad who was in a private discussion with a colleague involving a share transaction.

The gunman, who wore sports attire, dark glasses and a cap, was believed to have escaped in a taxi, together with his accomplices.

Kuala Lumpur CID deputy chief ACP Khairi Ahrasa said, while the motive of the killing had yet to be estabilished, the police believed it could be business-related.
-- BERNAMA 

Monday, 29 July 2013

Jewels worth 40 million euros stolen in Cannes

Jewels worth 40 million euros stolen in Cannes

NICE:  An armed man stole jewels with an estimated value of 40 million euros ($53 million) in a brazen heist in broad daylight at a diamond exhibition in the French Riviera resort of Cannes Sunday, investigators said.

The hold-up, at the Carlton Hotel on the promenade in Cannes, famous for its annual film festival, would be the second largest ever in France if the value of the jewels is confirmed.

Authorities said the robbery took place around 12:00pm local time (1000 GMT) and targeted an exhibition entitled "Extraordinary Diamonds" by the Leviev jewellery house.

A lone gunman managed to evade security and escape with a briefcase containing the jewels, according to the initial findings of the investigation.

Police detectives from the nearby city of Nice were at the hotel and traffic had been stopped near the scene of the heist.

The management at the Carlton Hotel declined to comment when contacted by AFP, saying they had "instructions not to say anything."

The Carlton was the location for Alfred Hitchcock's 1955 Oscar-winning thriller "To Catch A Thief", starring Cary Grant and Grace Kelly.

The diamond heist was one of the largest in recent years in France.

In the country's biggest ever robbery, which took place in 2008, three men stole almost every piece on display at a jewellery exhibition in Paris with an estimated value of 85 million euros.

Cannes has fallen prey to thieves several times recently, notably during this year's film festival, which attracts a glittering array of celebrities from the movie world.

In a pre-dawn heist at a hotel during the festival in May, thieves stole jewellery worth $1.4 million due to be loaned to movie stars.

That robbery took place in the hotel room of an American employee of Swiss jeweller Chopard while she was out for the evening, police said.

In a scene straight from a Hollywood film, a strongbox containing jewels was ripped out of the wardrobe and carried off, they said.

In a second theft during the festival, robbers made off with a diamond necklace with an estimated value of $1.9 million.

At least two apartments rented by film executives were also burgled during the 2013 festival, with thieves taking cash, jewellery and other personal items.

And in 2012, thieves made off with four watches worth 400,000 euros belonging to football stars Souleymane Diawara and Mamadou Niang, who were in Cannes for the festival.

The world's biggest diamond theft occurred in February 2003 in the northern Belgian city of Antwerp, when robbers got away with jewels worth an estimated 100 million euros.
--AFP

Inspektor yang diburu polis serah diri


Inspektor yang diburu polis serah diri

KUALA LUMPUR:  Inspektor S.Hare Krishnan yang selama ini dicari oleh pihak polis untuk membantu siasatan kes kematian dalam tahanan N.Dhamendran telah menyerahkan diri di Bukit Aman pada jam 10 pagi tadi.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengesahkan perkara ini melalui akaun rasmi Twitternya.

Hare Krishnan yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dilaporkan tidak hadir bertugas tanpa kebenaran sejak 15 Jun lepas, iaitu selepas kes kematian Dhamendran disiasat.

Sebelum ini, Polis Kuala Lumpur cuba mengesan Hare Krishnan bagi membantu siasatan kes kematian  Dhamendran pada 21 Mei lepas.

Hare Krishnan merupakan pegawai polis yang masih bebas selepas tiga lagi pegawai polis yang terlibat dalam kes itu didakwa di Mahkamah Majistret, bulan lepas.

- Astro Awani 

Cara baru mengemis?


KUALA LUMPUR:  Setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri kebanjiran pengemis semakin menjadi-jadi.

Pelbagai pendekatan digunakan bagi meraih simpati dan pendapatan

Namun apakah definisi sebenar pengemis ? Adakah mereka yang duduk di kaki lima sambil menjual tisu juga tergolong sebagai pengemis ?   

Sumber: Astro Awani 

Rafizi dedah butir pertemuan dengan Sanjeevan


Rafizi dedah butir pertemuan dengan Sanjeevan
KUALA LUMPUR:  Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan pertemuannya dengan Pengerusi MyWatch, R. Sri Sanjeevan pada Jumaat lalu mengenai senarai kesalahan berkaitan dadah yang mahu didedahkan.

Menerusi akaun Twitter @RafiziRamli sebentar tadi, ahli parlimen itu menjelaskan yang beliau akan meneliti senarai tersebut dalam sedikit masa lagi.

Terkejut dengan kejadian tembakan yang melibatkan Sanjeevan, Rafizi berkata Sanjeevan berada di landasan yang betul dan maklumat yang dimilikinya adalah sahih.



Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch, R Sri Sanjeevanditembak lewat petang semalam oleh dua lelaki yang tidak dikenali di Bahau, Negeri Sembilan.

Dia kini berada di Hospital Besar Tuanku Jaafar Seremban dan berada dalam keadaan stabil.

--Astro Awani 

Wain berperisa durian


Wain berperisa durian?

SINGAPURA:  Akibat baunya yang sangat kuat, ianya diharamkan di dalam bas dan kereta api di Singapura tetapi sekarang durian dijadikan wain.

Ini merupakan satu pencapaian yang hebat oleh pasukan penyelidik dari National University of Singapore yang berharap untuk mengkomersialkan arak durian mereka dan melihat produk di rak kedai.

Dikenali sebagai "Raja Buah" dan buah yang paling busuk di dunia, durian adalah merupakan buah yang  samada dibenci atau digemari orang ramai.

Hos rancangan terkenal Anthony Bourdain adalah peminat  buah durian untuk tekstur lembut dan berkrimnya tetapi dia juga akur dengan kelemahannya.

"Rasa yang hanya boleh digambarkan sebagai ... tidak dapat dijelaskan, sesuatu yang anda akan sama ada suka atau benci .... nafas anda akan berbau seolah-olah anda akan mencium nenek mati anda."

Adah  juga pelbagai chef dan penulis yang menggambarkannya sebagai serupa dengan makan kastard dalam di kawasan pembetung, turpentin dan bawang dihias dengan sarung kaki gym, dan bawang busuk.

Tetapi jika berjaya, pelajar doktor falsafah di Singapura ini akan dapat membotolkannya sebagai wain.

Selepas menguji kaedah penapaian berbeza, keputusan akhir adalah wain sebanyak 6 peratus alkohol yang tidak mempunyai bau pedas buah ini.

Pasukan yang sama juga menghasilkan wain yang diperbuat daripada betik sebagai satu cara untuk mengurangkan pembaziran, memandangkan buah-buahan yang sangat mudah terdedah kepada kerosakan disebabkan oleh kemerosotan pesat lepas tuai, haba yang tinggi dan kelembapan.

Selepas lima tahun penyelidikan, ahli-ahli sains telah datang dengan beberapa jenis wain betik  merangkumi 2 hingga 5 peratus alkohol dengan ciri-ciri dan profil aroma yang berbeza.

Baru-baru ini, McDonald’s di Singapura juga mengeluarkan McFlurry berperisa durian semasa musim durian.

- AFP Relaxnews

Sunday, 28 July 2013

New EPF members may only withdraw at age 60

If you are working in the private sector, or if you are contributing to the Employees Provident Fund (EPF), this would be of interest to you.

                       The Borneo Post, Thursday, 20-6-2013


To all new contributors, nothing has been decided yet; this is just a proposal if it worries you. But personally, I think the withdrawal should be made flexible once a contributor reaches age 55. He/she has been planning all his/her working life for things to 'happen' at 55 so, let him/her have it her way.


New members may only withdraw at age 60

The Employee Provident Fun is considering new ruling that new contributors only be allowed to withdraw their savings after the age of 60 instead of the current 55.

Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan said this was one of the proposal being mulled over in light of the minimum retirement age being increased to 60 effective July 1.

Currently, contributors can still withdraw their EPF savings at 55, either as a lump sum, monthly amounts or a combination of both options.

This flexible withdrawal scheme would enable contributors to obtain a fixed and consistent income for a long period amidst worries that their money would be exhausted within few years.

"However, no decision has been made on this proposal yet," Ahmad said after a working visit to EFP the day before.

EPF chief executive officer Datuk Shahril Ridza Ridzuan said any change would only take place after th EPF Act had been amended. He said members could still contribute to the fund despite the retirement age being extended to 60.

He said contributions for employees remains at 11% and 12% (13% for those earning less than RM5,000) until the employee reached 60. As of March 31 this year, EPF has 13.69 million members and 509,139 employers. - The Borneo Post



Read more: The Green Mechanics

Putih telur dan kelebihannya


Ramai yang suka menjadikan telur rebus atau telur goreng sebagai hidangan lauk untuk juadah makanan mereka. Tidak lupa juga bagi penggemar sarapan pagi digreai mamak dan sebagainya, telur separuh masak mesti menjadi pilihan hati. 
Apa kelebihannya telur ini? 
Adakah ia memberi kesan buruk untuk jangka panjang atau sebagainya.
Keburukan memakan telur secara berlebihan seringkali diperdebatkan. Perkara paling utama dan hangat dikatakan adalah ianya dapat meningkatkan kadar kolesterol tubuh badan anda. 

Komposisi sebiji telur rebus
Kajian menunjukkan bahawa manusia hanya memerlukan 300mg kolesterol dlm tubuh badan. Oleh itu, kita harus tahu jumlah anggaran sebiji telur dan komposisinya. Untuk pengetahuan ramai, sebiji telur mengandungi anggaran 210mg kolesterol. 
Banyak bukan? 
Akan tetapi jika dibuang kuning telur, dan hanya makan putih telur ia dapat mengurangkan kadar koleterol dan hypertension kerana putih telur hanya mengandungi kolesterol yang sedikit dan tinggi dengan nilai protein. Jumlah anggaran protein putih telur adalah lebih kurang 7g dan ia mengandungi protein yang tulen dan tidak mempunyai lemak.  Dan ini hanya jika telur itu direbus. Akan tetapi jika dimasak dengan minyak atau butter, jumlah kalori nya akan berbeza kerana telah dimasak dengan minyak yang kita tahu mempunyai kalori juga. 

Dapat mengurangkan jumlah kalori
Ya, dengan mengasingkan putih telur dengan kuning telur, anda dapat mengurangkan jumlah kalori harian. Anggaran kalori bagi telur rebus adalah 90 kalori. Dan apabila anda memakan putih telur sahaja, anda telah membuang lebih kurang 70 kalori daripada telur tersebut. Hal ini kerana, putih telur hanya mengandungi 20 kalori. Selain daripada itu, putih telur amat tinggi dengan nilai protein yang tulen malah ianya kurang berlemak. 
Selain daripada itu, putih telur juga kaya dengan folat, thiamine, fosforus, B6, zink, asid panthothenic, kalsium, dan B12. Anda juga mendapat vitamin penuh seperti A, E, D dan K dari putih telur. Putih telur adalah sumber rendah lemak, sama ada ia adalah politaktepu, monotaktepu, atau tepu.
Selain daripada itu, ia juga dapat mempercepatkan proses regenerasi pada kulit wajah anda dimana anda boleh sapukan putih telur di muka anda selama 30 minit, dan basuh dengan air hangat. Oleh itu, selain dengan khasiat yang elok untuk mengurangkan berat badan, putih telur juga dapat membantu dalam mencantikkan kulit wajah anda. Protein dalam putih telur dapat membantu melembabkan kulit wajah anda. 
--MyLaunchpad

Saturday, 27 July 2013

Malaysia antara negara berhadapan hutang isi rumah yang meningkat

Malaysia antara negara berhadapan hutang isi rumah yang meningkat

KUALA LUMPUR:  Malaysia antara negara yang berhadapan dengan masalah hutang isi rumah yang meningkat berikutan sikap berbelanja rakyat negara ini yang tidak terkawal, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

"Hutang isi rumah negara kita adalah tinggi berbanding negara jiran yang berhampiran. Ini kerana ramai pengguna yang berhutang dengan membuat pelbagai pinjaman antaranya pinjaman kad kredit, hutang peribadi dan sebagainya.

"Sebagai contoh hutang peribadi yang tidak terkawal boleh menyebabkan seseorang menjadi boros dalam berbelanja serta berbelanja melebihi batasan kemampuan pendapatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Tamu Yok Sahur Ramadan dan penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim kali ke-6 di perkarangan Jalan Masjid India, di sini, awal hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan pemberita mengenai pengguna yang berbelanja berlebihan di bulan Ramadan sehingga menyebabkan pembaziran dan masalah hutang.

Ahmad berkata berbelanja itu baik untuk ekonomi peniaga dan negara, tetapi perbelanjaan yang berlebihan tidak elok untuk semua pihak terutama kepada pengguna itu sendiri.

Katanya cara untuk mengelakkannya adalah berbelanja mengikut kemampuan pendapatan dan berjimat-cermat.

--BERNAMA 

4 finalis Miss Malaysia World beragama Islam akan dibenarkan bertanding?


4 finalis Miss Malaysia World beragama Islam akan dibenarkan bertanding?

KUALA LUMPUR:  Selepas 17 tahun sebuah fatwa yang mengharamkan penyertaan orang Islam dalam pertandingan ratu cantik diwartakan, masih ada yang mengharapkan larangan itu mungkin dapat dipertimbangkan semula.

Harapan paling tinggi datangnya daripada penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim, selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Khamis.

Anna memberitahu Astro Awani bahawa perbincangan tersebut berkisar tentang nasib empat finalis beragama Islam yang digugurkan daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 baru-baru ini.

Anna turut berkata beliau telah menyerahkan senarai aturcara untuk pertandingan itu yang bakal diadakan di Jakarta pada bulan September ini kepada Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali, semasa perbincangan tersebut.

“Saya telah memaklumkan Che Mat bahawa peserta-peserta pertandingan ratu cantik Miss World di Jakarta tidak dibenarkan memakai bikini.

“Saya telah menerangkan kepada beliau bahawa semasa pertandingan peragaan pakaian pantai, gadis-gadis yang bertanding akan menggantikan bikini dengan pakaian yang lebih sesuai dan mengenakan kain sarung untuk menutup bahagian badan mereka.

“Che Mat kemudian bertanya kepada saya bilakah hari penamaan Miss Malaysia dan adakah ia terlalu lewat untuk membuat sebarang ‘keputusan’?

“Saya menjelaskan bahawa pusingan akhir Miss Malaysia akan diadakan pada 2 Ogos. Che Mat berkata beliau akan membincangkan perkara ini dengan Jawi dan akan memberikan jawapan kepada saya samada keempat-empat peserta Islam tersebut masih boleh bertanding dalam Miss Malaysia World 2013,” katanya.

Sebuah akhbar tempatan pada Jumaat melaporkan bahawa Che Mat akan mengumumkan keputusan kepada umum minggu hadapan.

Pada Jun tahun ini, penganjur Miss World memaklumkan bahawa peserta ratu cantik dunia tidak akan mengenakan bikini dalam acara itu bagi mengelak tentangan masyarakat Islam di Indonesia.

137 peserta wanita yang mengambil bahagian dalam acara itu akan menggantikan bikini dengan pakaian yang lebih sesuai seperti mengenakan kain sarung sewaktu peragaan pakaian pantai.

--Astro Awani 

MOURINHO YAKIN ROONEY SERTAI CHELSEA


321


Jose Mourinho yakin penyerang Manchester United, Wayne Rooney akan menyertai skuadnya tidak lama lagi.

Paling mencuri tumpuan ialah laporan yang dibuat Khelnama.com selepas sidang media bersama Mourinho di Jakarta semalam.

Selain itu, Chelsea juga merancang untuk memberi Rooney jersi bernombor 23 jika penyerang itu bersetuju menyertai The Blues.

Saksikan Kini Trending setiap hari 8:15 malam dan ulangannya 11:45 malam.

Surat dakwa gelombang kedua penceroboh tidak benar - Polis Sabah

Surat dakwa gelombang kedua penceroboh tidak benar - Polis Sabah

SANDAKAN:  Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib hari ini mengulangi penegasannya bahawa surat yang mendakwa ada gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu ke Sabah bulan depan adalah tidak benar.

Sehubungan itu beliau meminta rakyat di Sabah agar tidak bimbang kerana   pada masa yang sama pasukan keselamatan tetap mempertingkatkan kawalan.

"Elakkan menyebarkan khabar angin hingga boleh menakutkan penduduk negeri ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan di sini, hari ini.

Beliau berkata polis masih menyiasat mengenai surat itu yang dikatakan dihantar oleh pengganas dari selatan Filipina.

Surat bertarikh 3 Julai itu yang ditandatangani oleh Komando Militan bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan masyarakat Tambunan, memberi amaran mereka mahu memulakan perang di daerah itu pada Ogos ini sebagai membalas dendam terhadap pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Mac lepas.

Dalam pada itu Hamza turut meminta orang ramai, khususnya pemimpin masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas kepada pihak keselamatan.

-- BERNAMA 
26 Julai 2013

Friday, 26 July 2013

Anggota tentera maut dipanah petir ketika latihan

Anggota tentera maut dipanah petir ketika latihan

KOTA TINGGI:  Seorang anggota tentera maut manakala rakannya cedera akibat dipanah petir ketika menjalani latihan hutan di kawasan air terjun berhampiran Kampung Temenin Baru, dekat sini semalam.

Mohd Razid Sadiran, 25, dari Markas 6 Renjer yang berpangkalan di Kuala Lumpur, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, Azwan Abdullah, 25, dari Markas 14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpangkalan di Gemas, Negeri Sembilan, dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Difahamkan ketika kejadian kedua-dua mangsa bersama 11 anggota lain merupakan pasukan pendahulu bagi membuat persiapan sebelum pasukan lain tiba untuk latihan hutan selama seminggu di situ.

Kejadian malang yang menimpa kedua-dua mangsa hanya disedari anggota lain apabila mereka tidak muncul pada waktu berbuka puasa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rasid yang mengesahkan kejadian itu berkata insiden berlaku ketika hujan lebat apabila mangsa sedang bersiap-siap mendirikan khemah di lokasi kejadian.

"Jenazah Allahyarham Mohd Razid dihantar ke Unit Perubatan Forensik HKT untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang dengan van jenazah tentera ke Pusat Latihan Pulada untuk pengurusan jenazah malam tadi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jenazah anak kelima daripada sebelas beradik itu dibawa ke rumah keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Nita, Mersing.

--BERNAMA 

"Penjara not bad," kata Alvin



KUALA LUMPUR:  Alvin Tan yang dipenjara selama lapan hari kerana tidak dibenarkan jaminan atas tuduhan mempersendakan umat Islam dan Ramadan, hanya menyatakan 'not bad' bagi menggambarkan pengalamannya di dalam penjara.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai urusan jaminan manakala pasangannya Vivian Lee, yang sentiasa menundukkan kepala enggan memberi komen.

Pada 10 pagi, Alvin dan Vivian, yang masing-masing masih bergari diiringi beberapa anggota polis ke Kaunter Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret (Jenayah) bagi urusan jaminan dan kakitangan mahkamah membacakan syarat jaminan.

Kedua-duanya dilihat menandatangani dokumen jaminan sebelum beredar dari kaunter itu kira-kira 20 minit kemudian dan bergegas menaiki dua buah kereta yang menunggu di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.

Semalam, pasangan itu diikat jamin oleh ibu Alvin dan rakan perempuan mereka sebanyak RM30,000 setiap seorang.

Sementara itu, peguam Chong Joo Tian ketika ditemui pemberita sejurus anak guamnya beredar berkata: "Mereka gembira dapat keluar dari penjara. Mereka perlukan masa untuk berehat".

Pada 18 Julai lepas, Alvin dan Vivian masing-masing ditahan di Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang selepas Hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran tidak membenarkan mereka diikat jamin.

Namun, semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin membenarkan mereka masing-masing dijamin RM30,000 bersama empat syarat.

Empat syarat itu ialah pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan, dilarang memuat naik artikel, komen, gambar lucah serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman serta dihalang menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet.

--BERNAMA 

Pusat sembelihan ayam di Johor jijik, kotor dan tidak bertauliah


JOHOR BAHRU:  Beberapa pusat penyembelihan ayam di sekitar Johor dikesan menggunakan khidmat bukan Islam serta juru sembelih tidak bertauliah bagi melakukan aktiviti sembelihan.

Sikap tidak bertanggungjawab pengusaha pusat sembelihan itu terbongkar dalam pemeriksaan mengejut yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAJ).

Apa yang mengejutkan pegawai-pegawai itu, adalah apabila terdapat pusat sembelihan yang tidak memenuhi hukum Syarak dalam penyembelihan ayam yang dilabelkan sebagai Halal.

Malah, tahap kebersihan turut tidak diberikan perhatian, malah dibiarkan kotor serta dalam keadaan menjijikkan.

Pengarah operasi JAJ Ramly Jusoh berkata operasi ini mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab pengusaha pusat penyembelihan yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan tanpa mempedulikan proses Halal yang perlu mereka penuhi.

Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.

Kontroversi ratu cantik, isu fatwa kembali jadi tumpuan


Kontroversi ratu cantik, isu fatwa kembali jadi tumpuan
KUALA LUMPUR:  Kontroversi empat wanita Islam yang dianggap telah menghina Islam kerana menyertai Miss World Malaysia 2013 telah menarik perhatian orang ramai kepada isu-isu mengenai fatwa.

Fatwa merupakan ketetapan berkaitan hal-hal berkaitan agama Islam atau pandangan dari sudut akademik apabila timbul keraguan mengenai samada sesuatu amalan tertentu adalah dibenarkan (halal) atau dilarang (haram) dalam Islam.

Sehingga hari ini, masih terdapat perbezaan pendapat samada sesuatu fatwa yang dikeluarkan adalah satu garis panduan ibadah umat Islam sahaja atau ia dianggap sebagai sesuatu perintah yang boleh dikuatkuasakan.

Semalam, bekas menteri dan peguam Datuk Zaid Ibrahim berkata bahawa fatwa tidak boleh dianggap sebagai satu undang-undang.

Zaid turut membidas tindakan pihak berkuasa agama -- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang kini sedang menyiasat kesalahan menyertai pertandingan ratu cantik itu.

"Fatwa adalah untuk orang Islam, tetapi malangnya di Malaysia, ia anggap sebagai undang-undang. Tambahan pula, penganjur terdiri dari bukan Islam, mengapa mereka ini perlu membatalkan penyertaan empat wanita itu? " kata Zaid.

Zaid juga mengkritik Jawi kerana beliau mendakwa pihak tersebut "tidak faham konsep demokrasi dan kehidupan dalam masyarakat yang bebas... iaitu kerajaan tiada hak menghukum setiap dosa yang dilakukan. Hanya tuhan boleh berbuat demikian," katanya.

"Mari kita kembali kepada sejarah Islam di mana fatwa hanya merupakan satu pendapat untuk membimbing kita. Ia terpulang kepada umat Islam untuk mengikuti atau tidak. Ia bukan tugas manusia untuk menghukum mereka."

Zaid juga berpendapat bahawa undang-undang di negara ini hanya boleh dibuat melalui Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Bagaimanapun, peguam Syariah Kamar Ainiah Kamaruddin tidak bersetuju dengan pandangan sedemikian.

Beliau berkata bahawa apabila fatwa sudah diwartakan, ia dianggap satu undang-undang yang sah.

"Semua umat Islam mesti mematuhi fatwa, jika tidak, tindakan boleh diambil, asalkan fatwa itu telah diwartakan oleh Dewan Undangan Negeri," kata Kamar.

Beliau menambah bahawa kesalahan yang dilakukan di dalam negeri yang mewartakan sesuatu fatwa dikira sah.

"Jika ia diwartakan di Selangor maka ia sah jika kesalahan itu dilakukan di sana," katanya.

Ditanya sama ada sesuatu fatwa boleh dicabar di mahkamah, Kamar berkata semua undang-undang boleh dicabar termasuk fatwa.

"Kalau anda rasa sesuatu fatwa adalah pendapat yang salah, ada Mahkamah Tinggi Syariah untuk mencabar berdasarkan Hukum Syarak, dan jika anda mencabar ia berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, maka ia berada dalam bidang kuasa mahkamah sivil. Tidak ada percanggahan langsung di sini. "

Fatwa mengenai ratu cantik telah dibuat pada 15 Jan, 1996 dan diwartakan pada 8 Feb 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan).

Fatwa itu menyatakan bahawa ia adalah "haram" dan "berdosa" bagi seorang Islam untuk menyertai, menganjurkan, atau menyumbang dalam apa-apa cara untuk pertandingan ratu cantik.

Dalam kes terbaru ini, pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali berkata unit penguatkuasaan menyiasat kes itu berikutan laporan bahawa ada gadis yang cenderung untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik walaupun fatwa telah menegahnya. Dua dari peserta terbabit, walau bagaimanapun berkata bahawa mereka akan mematuhi perintah itu.

Empat finalis Miss Malaysia World  - Sara Amelia Bernard, Wafa Johanna De Korte, Miera Sheikh dan Kathrina Ridzuan - digugurkan daripada pertandingan itu selepas menerima kritikan dari mufti Wilayah Persekutuan Wan Zahidi Wan Teh bahawa penyertaan mereka dianggap "berdosa".

Pada 1997, dua peserta pertandingan Miss Malaysia Petite telah dikenakan denda oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur. Mereka didakwa di bawah Seksyen 9 Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa RM3,000 atau dua tahun penjara maksimum jika sabit kesalahan.

Di Selangor, tiga peserta lain dari ratu cantik yang sama telah dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar fatwa yang sama. Mereka didakwa mengikut Sek 2 (C) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang juga membawa hukuman yang sama.

Thursday, 25 July 2013

Perbezaan bonus raya kerajaan persekutuan dan Selangor


Twitterjaya: Perbezaan bonus raya kerajaan persekutuan dan Selangor

KUALA LUMPUR:  Perbualan hangat di laman media sosial Twitter hari ini adalah mengenai perbezaan bonus yang bakal diberikan kepada penjawat awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada Rabu, Najib mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya  kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Ini disusuli dengan pengumuman Khalid dimana bonus sebulan gaji akan diberikan kepada 21,776 penjawat awam negeri berkenaan.

Mereka di Selangor gembira dan bersyukur dengan pengumuman Khalid:
Ramai juga yang menyatakan rasa bersyukur ke atas pemberian bonus oleh Najib.



Ada juga yang membuat perbandingan tentang perbezaan Bonus Raya tahun ini:


Ada yang memberi cadangan supaya Najib memberikan bonus satu bulan gaji atau lebih:

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja  Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pemberian bonus dan juga Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap dedikasi penjawat awam serta pesara kerajaan.

"Pemberian bonus dan bayaran khas ini memang sungguh bermakna khasnya kepada penjawat awam yang berpendapatan sederhana terutamanya bagi membuat persiapan perayaan (Aidilfitri) yang bakal tiba."

-- Astro Awani 

Najib ranked 15th most followed government leader in the world on Twitter


Najib ranked 15th most followed government leader in the world on Twitter

KUALA LUMPUR:  Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is ranked at number 15 among the most followed government leaders in the world on Twitter, according to Twiplomacy.

In its report today, Twiplomacy said Najib with his twitter account @NajibRazak was actively engaged with the audience with quizzez and sweepstakes.

The report said in May 2012, Najib asked his followers what gift he should give his 500,000th follower.
"A couple of days later, he invited four of his followers for breakfast, a scene he immortalised with a Twitpic and a YouTube video of his guests," said Twiplomacy, which is the leading global study of world leaders on Twitter.

The report said Najib's account was fairly active with an average of 3.6 tweets a day and the perfect mix of 20 per cent retweets, 17 per cent@replies and 26 per cent@mentions, namely of the National Front party@BarisaNasional and @NajibRazak.

Since joining Twitter on Sept 21, 2008 until this month, @NajibRazak account has a total of 4,442 tweets, 1,647,682 followers and 574,614 tweets retweeted. -- BERNAMA 

UN declares World Toilet Day

UN declares World Toilet Day

UNITED NATIONS:  The United Nations on Wednesday declared November 19 as World Toilet Day following a proposal by Singapore whose envoy said he did not care if jokes are made.

"I am sure there will be laughter among the press and the public when it is reported that the UN is declaring a World Toilet Day," said Singapore charge d'affaires Mark Neo before a unanimous UN General Assembly vote in favor of the measure.

"Their laughter is welcome, especially if they recognize the prevailing and unhealthy taboo that prevents an open and serious discussion of the problems of sanitation and toilets globally," Neo told the 193-member assembly.

The envoy went on to stress that 2.5 billion people around the world do not have proper sanitation, that 1.1 billion people defecate in the open and that providing toilets could save the lives of more than 200,000 children each year.

Singapore took up the toilet cause because of the efforts of Jack Sim, a citizen of the city-state known as "Mr Toilet" because of his efforts to improve sanition around the world.

UN Deputy Secretary General Jan Eliasson praised Singapore's action. "Proper sanitation is a question of basic dignity," Eliasson said.
-- AFP

Beauty pageant row shines spotlight on fatwas

Beauty pageant row shines spotlight on fatwas

KUALA LUMPUR:  The controversy surrounding four Muslim women who were deemed to have insulted Islam for joining the Miss World Malaysia 2013 has brought the spotlight back on fatwas.

A fatwa is an Islamic religious ruling or scholarly opinion when there is doubt on whether or not a particular practice is permissible (halal) or forbidden (haram) in Islam.

There has been differing opinion on whether these edicts should act merely as a spiritual guideline or legally binding and criminalise offenders.

Former minister and lawyer Zaid Ibrahim yesterday opined that Fatwas should not be regarded as laws and lambasted the Islamic authority-- The Federal Territory Islamic Affairs Department (Jawi)—which is currently investigating the four women over the alleged offence of being in a beauty contest.

“Fatwas are meant for Muslims, unfortunately in Malaysia, it is understood as laws. Furthermore, these organisers are non-Muslims, why did they disqualify these contestents? ” said Zaid.

Zaid also lashed out at JAWI for which he claimed “don’t understand democracy and living in free society."

"It means the state do not punish for every sin committed. God can do that," he said.

“Let’s go back to Islamic history where fatwas were just opinions to guide us, for Muslims to follow or not is up to them, it is not for men to punish them.”

Zaid argued that laws in a country should only be made through state legislative assembly or Parliament.

However, Syariah lawyer Kamar Ainiah Kamaruddin disagreed with such a view, and said that whenever a fatwa is gazetted, it is legally binding.

“All Muslims must observe a fatwa, if they do not, action may be taken. That is providing that it is gazetted by the state assembly. There are quite a number of fatwas lying around which go ungazetted,” said Kamar.

She added that the fatwa applies to offences committed within that particular state it is gazetted in.

“If it is gazetted in Selangor then it is binding there if the offence is committed there,” she said.

Citing the case of author Irshad Manji’s book on Islam where a bookstore was brought to court, Kamar said that the prosecution failed because no fatwa was gazetted to say that the book is haram before JAWI seized them.

Asked if a fatwa can be challenged, Kamar said that any law can be challenged and this applies to edicts as well.

“In the case of a fatwa, if you feel that it is wrong opinion, there is the Syariah high court to challenge it based on Hukum Syarak, and if you are challenging it based on Federal Constitution, then it has to be in the civil court, there is no conflict here.”

The said edict by National Fatwa Council was made on Jan 15, 1996 and gazetted on Feb 8, 1996 under the Administration of Islamic Laws (Federal Territories) Act. The fatwa states that it is “haram” and “sinful” for a Muslim to join, organise, or contribute in any way to a beauty pageant.

In the latest case, JAWI director Datuk Che Mat Che Ali said that its enforcement unit investigate the case following a report that the girls were bent on taking part in the beauty pageant despite the edict by the prohibiting it. Two of the girls, however, had said that they would abide by the edict.

Four finalists for the Miss Malaysia World beauty pageant – Sara Amelia Bernard, Wafa Johanna De Korte, Miera Sheikh and Kathrina Ridzuan – were dropped from the competition after criticism from Federal Territory mufti Wan Zahidi Wan Teh that their participation was “sinful”.

In 1997, two contestants of the Miss Malaysia Petite contest were fined by the Syariah High Court in Kuala Lumpur. They were charged under Section 9 of the Syariah Criminal Act (Federal Territory) 1997 which carries a maximum RM3,000 fine or two years jail upon conviction.

In Selangor, three other contestants from the same beauty pageant were brought to trial for violating a similar fatwa. They were charged under Sect 2 (C) of the Syariah Crimes Enactment Selangor 1995 that also carries the same penalty.

Source:
--Teoh El Sen @Astro Awani 

George Alexander Louis, nama anak Putera William dan Kate

George Alexander Louis, nama anak Putera William dan Kate

LONDON:  Putera William dan Kate isterinya telah memilih nama  George Alexander Louis untuk bayi lelaki mereka, satu nama yang berpegang teguh kepada tradisi diraja  dan digunakan oleh enam raja-raja sebelumnya.

George merupakan pilihan jelas semasa spekulasi hangat mengenai nama putera, kerana ia memberi penghormatan kepada bapa tercinta Queen Elizabeth II King George VI, yang memerintah dari tahun 1936 sehingga kematiannya pada tahun 1952.

Pewaris ketiga takhta Britain akan dikenali secara rasmi sebagai sebagai Duli Yang Teramat Mulia Prince George of Cambridge, selepas bapa dan ibunya Duke dan Duchess of Cambridge.

Pengumuman ini datang hanya beberapa jam selepas ratu bertemu dengan cicit beliau di Isatana Kensington buat pertama kali, yang membawa kepada spekulasi beliau telah memberi pelepasan terakhir bagi nama itu.

Ibu bapa putera kecil kemudian meninggalkan kegilaan media global yang berpusar di sekeliling mereka selama beberapa hari and terus ke rumah ibu bapa Kate di luar bandar Berkshire, di luar London.

Bayi ini tidak akan secara automatik menjadi Raja George VII apabila dia mewarisi takhta, bagaimanapun, kerana terdapat laporan bahawa Prince Charles boleh mengambil gelaran itu apabila dia mengambil alih daripada ibunya.

Louis adalah salah satu daripada nama tengah William dan juga nama pertama Lord Louis Mountbatten, ‘Viceroy India’ dan mentor kepada Prince Charles.

Sementara itu, pilihan nama Alexander masih menimbulkan rasa hairan penganalisis politik, selain daripada fakta bahawa nama tengah Ratu Britain adalah Alexandra.

Tetapi George,  merupakan nama yang ke- 12 paling popular untuk bayi lelaki di England dan Wales pada tahun 2011 dan berasal dari perkataan Yunani purba bagi petani.

Raja British pertama untuk menggunakan nama tersebut adalah George I dari Jerman, raja pertama daripada Rumah Hanover, yang memerintah 1714-1727.
--AFP melalui Astro Awani

Smartphones are getting too big!

Do you think the high end smartphones are getting too big in your hand?

Syah Ismail certainly thinks so. He wrote in MyLaunchpad News about what he thinks and at the same time asks you to join him in his petition to 'ask' phone manufacturers to stop growing their phones in size.

Here goes:


If you have been following my blog, you may notice that I use a Samsung Galaxy S III. Why not upgrade to a Galaxy S 4, you ask? I'm holding out on a new phone because I personally don't like how high end smartphones are getting bigger each year. 

The S III is actually quite big for my hands and I settled for it because of its performance. I prefer a 4-inch (4.5-inch at the most) phone just like my previous phone the Galaxy S. It fits nicely in my hands and I can even operate it with one hand. With the current trend in smartphone sizes, we the consumers are forced to choose between big powerful phones and smaller mid-range phones.

WHERE IS THE MID-SIZE HIGH END PHONES?
You would think the Galaxy S 4 Mini is the smaller version of the S 4 but no. Instead of the eight-core chip found on the S 4, you'll only be getting a dual-core one on the S 4 Mini.
Now, phone makers are blurring the lines between phones and tablets with the emergence of super-sized 6-inch phones or widely known as "phablets".
So, what do you think? Do you agree that phones are getting ridiculously bigger each year? Or do you like big phones? Please share your thoughts.

Read more and join him here.

Penyelam nyaris ditelan ikan paus


Dua penyelam skuba yang sedang menyelam di pesisir pantai California hampir ditelan oleh sepasang ikan paus kelasa yang tiba-tiba muncul ke permukaan air.

Penyelam itu, Shawn Stamback dan rakannya Francis Antigua sebelum itu cuba melihat dengan dekat ikan paus berkenaan makan dan menyelam untuk mendengar suara paus.

Insiden itu sempat dirakamkan oleh rakan mereka dari atas sebuah bot. Stamback kemudian memuat naik rakaman itu ke laman YouTube dan dalam masa tiga hari telah ditonton lebih empat juta kali.



Julai 24
Astro Awani 



Wednesday, 24 July 2013

My Sister is Hotter than me!

For girls, it’s common to often be compared to your younger and older sister. Your sister will always be the smarter, better looking and more successful favourite child.
Sibling rivalry in the family is a common thing, which we’ve eventually learn to deal with by focusing on our lives outside the family circle (jobs, relationships, etc). But how do you deal with sibling rivalry when you have the whole world judging who is the better sister?
Here’s a look at some celebrity siblings with slightly luckier or hotter sisters.
Kate and Pippa Middleton
It’s crystal clear who made it big in this family. Although most claim that Pippa managed to outshine Kate on her wedding day with her infamous derriere, the fact that Kate’s life has been beyond amazing beats that hands down. While Pippa has been a constant mockery in British tabloids, Kate never suffers from an ugly day, even as she anxiously anticipates the birth of her Royal Baby.
Nora and Nadia Danish
This is a funny case however. Nora may be Malaysia’s sweetheart but it’s really Nadia (on the right) with the stunning features. Bearing a striking resemblance to local songstress Maya Karin, it’s mind boggling how Nadia isn’t the well-known model!
Maya Karin and Irina Roelcke
Now this is a tough one. The Roelcke sisters are equally stunning, thanks to their German roots. While Maya has made it big in the Malaysian entertainment industry, Irina keeps a low profile in the legal field. Well I guess it’s true what most people say, girls with legal backgrounds are the hottest!
Michelle and Nicole Branch
Thanks to the Branch family’s Indonesian links, Michelle and Nicole (on the left) look like everyone’s dream come true. It’s difficult to choose who’s better looking as they could easily pass off as twins at times. The main difference would be Michelle has a more homely vibe while Nicole is sultry. 
-- Source

BN menang di Kuala Besutl, majoriti 2,592 undi

BN menang di Kuala Besut

KUALA BESUT:  Barisan Nasional (BN) memenangi  Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan majoriti 2,592 undi.

Calon BN Tengku Zaihan Che Ku Rahman, 37, memperolehi  8,288 undi sekaligus menewaskan calon PAS Azlan Yusof, 48, yang hanya meraih 5,696 undi.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi pada pukul 10.15 malam oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR melaporkan hampir 80 peratus keluar mengundi dan 125 undi ditolak.

Pilihan Raya Kecil Kuala Besut diadakan selepas wakil rakyatnya Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun lepas.

Pada pilihan raya lalu, Dr. A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas, Napisah Ismail.-- Astro Awani 




Selangor beri bonus Aidilfitri 1 bulan gaji kepada kakitangan awam

Selangor beri bonus Aidilfitri sebulan gaji kepada kakitangan awam

SHAH ALAM:  Mesyuarat exco kerajaan negeri Selangor hari ini bersetuju memberikan bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri tersebut, lapor Keadilan Daily.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor memperuntukkan RM30 juta untuk tujuan itu kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan dan bonus akan diberi selewat-lewatnya hujung bulan ini.

“Jika Kerajaan Persekutuan mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

“Saya berharap bonus ini meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan raya.

“Kita juga berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus untuk simpanan dan kegunaan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di pejabatnya di sini yang turut dihadiri Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim dan Exco Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad.



- Astro Awani