JOHOR BAHRU: Beberapa pusat penyembelihan ayam di sekitar Johor dikesan menggunakan khidmat bukan Islam serta juru sembelih tidak bertauliah bagi melakukan aktiviti sembelihan.
Sikap tidak bertanggungjawab pengusaha pusat sembelihan itu terbongkar dalam pemeriksaan mengejut yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAJ).
Apa yang mengejutkan pegawai-pegawai itu, adalah apabila terdapat pusat sembelihan yang tidak memenuhi hukum Syarak dalam penyembelihan ayam yang dilabelkan sebagai Halal.
Malah, tahap kebersihan turut tidak diberikan perhatian, malah dibiarkan kotor serta dalam keadaan menjijikkan.
Pengarah operasi JAJ Ramly Jusoh berkata operasi ini mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab pengusaha pusat penyembelihan yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan tanpa mempedulikan proses Halal yang perlu mereka penuhi.
Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.

No comments:
Post a Comment