Thursday 25 July 2013

George Alexander Louis, nama anak Putera William dan Kate

George Alexander Louis, nama anak Putera William dan Kate

LONDON:  Putera William dan Kate isterinya telah memilih nama  George Alexander Louis untuk bayi lelaki mereka, satu nama yang berpegang teguh kepada tradisi diraja  dan digunakan oleh enam raja-raja sebelumnya.

George merupakan pilihan jelas semasa spekulasi hangat mengenai nama putera, kerana ia memberi penghormatan kepada bapa tercinta Queen Elizabeth II King George VI, yang memerintah dari tahun 1936 sehingga kematiannya pada tahun 1952.

Pewaris ketiga takhta Britain akan dikenali secara rasmi sebagai sebagai Duli Yang Teramat Mulia Prince George of Cambridge, selepas bapa dan ibunya Duke dan Duchess of Cambridge.

Pengumuman ini datang hanya beberapa jam selepas ratu bertemu dengan cicit beliau di Isatana Kensington buat pertama kali, yang membawa kepada spekulasi beliau telah memberi pelepasan terakhir bagi nama itu.

Ibu bapa putera kecil kemudian meninggalkan kegilaan media global yang berpusar di sekeliling mereka selama beberapa hari and terus ke rumah ibu bapa Kate di luar bandar Berkshire, di luar London.

Bayi ini tidak akan secara automatik menjadi Raja George VII apabila dia mewarisi takhta, bagaimanapun, kerana terdapat laporan bahawa Prince Charles boleh mengambil gelaran itu apabila dia mengambil alih daripada ibunya.

Louis adalah salah satu daripada nama tengah William dan juga nama pertama Lord Louis Mountbatten, ‘Viceroy India’ dan mentor kepada Prince Charles.

Sementara itu, pilihan nama Alexander masih menimbulkan rasa hairan penganalisis politik, selain daripada fakta bahawa nama tengah Ratu Britain adalah Alexandra.

Tetapi George,  merupakan nama yang ke- 12 paling popular untuk bayi lelaki di England dan Wales pada tahun 2011 dan berasal dari perkataan Yunani purba bagi petani.

Raja British pertama untuk menggunakan nama tersebut adalah George I dari Jerman, raja pertama daripada Rumah Hanover, yang memerintah 1714-1727.
--AFP melalui Astro Awani

No comments:

Post a Comment