Wednesday 24 July 2013

BN menang di Kuala Besutl, majoriti 2,592 undi

BN menang di Kuala Besut

KUALA BESUT:  Barisan Nasional (BN) memenangi  Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan majoriti 2,592 undi.

Calon BN Tengku Zaihan Che Ku Rahman, 37, memperolehi  8,288 undi sekaligus menewaskan calon PAS Azlan Yusof, 48, yang hanya meraih 5,696 undi.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi pada pukul 10.15 malam oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR melaporkan hampir 80 peratus keluar mengundi dan 125 undi ditolak.

Pilihan Raya Kecil Kuala Besut diadakan selepas wakil rakyatnya Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun lepas.

Pada pilihan raya lalu, Dr. A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas, Napisah Ismail.-- Astro Awani 




No comments:

Post a Comment