Tuesday 30 July 2013

Selena Gomez masih solo, Bieber hanya kawan

Selena Gomez masih solo, Bieber hanya kawan

LOS ANGELES:  Walaupun sudah berpisah  Selena Gomez mengakui masih berhubungan dengan bekas kekasihnya, Justin Bieber.

Baru melancarkan album "Stars Dance" Gomez mengakui selesa hidup bersendirian.

November lalu penyanyi Justin Bieber dan Gomez mengambil keputusan untuk berpisah selepas dua tahun bercinta.

“Saya sukakan kehidupan saya sekarang. Saya suka bersama rakan-rakan saya dan kehidupan saya amat sederhana. Saya kenal beliau sudah lama dan kami suka meluangkan masa bersama. Tapi yang pasti, saya sudah solo,” kata beliau.

Mencipta populariti sejak usia belasan tahun, Gomez menjadikan Taylor Swift sebagai sumber inspirasi.

“Taylor merupakan antara orang yang begitu tabah. Beliau telah melalui pelbagai cabaran dan berjaya meluahkannya menerusi muzik beliau. Itulah cara beliau untuk meluahkan perasaan beliau,” tambah Gomez.

Selena Gomez dalam rangka jelajah dunia bermula di Vancouver 14 Ogos dan berakhir pada 27 November.
-Astro Awani 

No comments:

Post a Comment