Thursday 11 June 2015

Jabatan Meteorologi nafi akan berlaku gempa bumi di KL, Bukit Tinggi

MetMalaysia nafi khabar angin bahawa Kuala Lumpur dan Bukit Tinggi, Pahang akan dilanda gempa bumi susulan kejadian gempa bumi di Sabah Jumaat lepas.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia semalam menafikan khabar angin bahawa Kuala Lumpur dan Bukit Tinggi, Pahang akan dilanda gempa bumi susulan kejadian gempa bumi di Sabah pada Jumaat lepas.

Jabatan itu dalam satu kenyataan di sini berkata pihaknya tidak menjangkakan sebarang gempa di kedua-dua kawasan itu dalam tempoh terdekat, kecuali berlaku gempa bermagnitud kuat di Sumatera, Indonesia.

Menurutnya susulan gempa bumi kuat berukuran 9.2 skala Richter di Sumatera Utara pada 26 Dis 2004 dan di Pulau Nias, Sumatera Barat bermagnitud 8.7 pada 28 Mac 2005, telah menyebabkan garis sesar di Bukit Tinggi menjadi aktif semula dan mengakibatkan beberapa siri gempa yang lemah dengan kekuatan antara 1.7 hingga 4.2 skala Richter dalam tempoh 2007 hingga 2009.

BACA: 

Untuk pengesahan maklumat, orang ramai boleh merujuk laman web Jabatan Meteorologi Malaysia http://met.gov.my, mobile web rasmi m.met.gov.my atau melalui laman Facebook dan Twitter.

Selain itu, boleh juga hubungi MetMalaysia hotline di talian 1300-22-1MET (1638).

- Sumber: Bernama | PublishedJun 10, 2015 | Updated: June 11, 2015

No comments:

Post a Comment