Thursday, 11 June 2015

Bawa resume, datang temuduga Sabtu ini

Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawar dalam Karnival Kerja bakal dianjurkan, Sabtu ini

SERI KEMBANGAN - Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawar dalam Karnival Kerja anjuran Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (Mayang) Parlimen Puchong bersama Kementerian Sumber Manusia di ruang legar, Pasaraya Giant Taman Equine, Sabtu ini.

Program turut mendapat kerjasama Persatuan Kebajikan Umum dan Masyarakat Penyayang Parlimen Puchong itu akan menampilkan wakil pihak pengurusan dan majikan daripada 20 syarikat gergasi di negeri ini.

Pengerusi Mayang Parlimen Puchong, Datuk Mohamad Satim Diman berkata, pemohon mestilah warganegara Malaysia, berusia 35 tahun ke bawah dan perlu membawa bersama resume, manakala temuduga akan dijalankan terus di tapak karnival.

“Saya difahamkan ada syarikat yang akan terus beri keputusan temuduga kepada pemohon sama ada berjaya atau sebaliknya, ia berdasarkan latar belakang, pengalaman dan apa juga kriteria ditetapkan pihak syarikat,” katanya.

Program turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Parlimen Puchong dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) itu akan bermula pada jam 9 pagi dan berakhir jam 5 petang.

Beliau berkata, penganggur perlu mengubah persepsi sebelum ini yang menyangka tiada lagi peluang pekerjaan ditawar kepada mereka.

Kementerian berusaha menurunkan kadar pengangguran di negara ini menerusi kerjasama dijalankan bersama NGO dan syarikat swasta.

“Kepada yang masih menganggur, rebut peluang yang ada...bukan mereka cari kerja tapi kerja yang cari mereka, mana tahu bertemu pekerjaan yang sesuai di karnival itu nanti,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment