Thursday, 11 June 2015

Lelaki berusia 50 tahun ditahan bawa bayi beli nombor ekor

Kesalahan perjudian memperuntukkan hukuman denda RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

MELAKA: Seorang lelaki bergelar datuk kepada cucu yang masih bayi ditahan gara-gara membeli nombor ekor.

Suspek berusia 50 tahun tersebut ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas membeli nombor ekor di premis nombor ramalan di Jalan Tun Perak di sini semalam.

Operasi penangkapan tersebut berjaya menahan 12 lelaki berusia 28 hingga 62 tahun dan tiga daripadanya adalah warga Bangladesh.

Menurut Ketua Penguatkuasa JAIM Rahimin Bani, tindakan suspek disifatkan amat memalukan.

"Paling mendukacita apabila sorang lelaki sanggup membawa kanak-kanak berusia setahun lebih
dalam premis perjudian dan perkara tidak sepatutnya berlaku kita keluarkan saman 12 akan premis letak papan tanda amaran terlindung tidak nampak itu bukan alasan untuk orang Islam masuk premis judi,” kata Rahimin.

Katanya, mengikut Sekyen 81 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri, kesalahan perjudian memperuntukkan hukuman denda RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Operasi yang disertai 10 penguatkuasa JAIM berkenaan telah menyerbu 18 premis perjudian di Semabok, Malim, Jalan Munsyi Abdullah dan di Bukit Baru.

Sementara itu, Rahimin turut kesal apabila segelintir pengusaha gagal meletakkan tanda amaran dilarang berjudi kepada umat Islam di premis biarpun aktiviti berkenaan dilarang agama.

Malah, menurutnya terdapat premis tidak memaparkan lesen perniagaan.

Justeru, JAIM bercadang mengkaji semula undang-undang sedia ada bagi mempertingkatkan hukuman.

JAIM merekodkan sejumlah 92 kes sejak Januari sehingga hari ini dan 225 kes sepanjang tahun lalu serta 157 kes pada 2013. 

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment