AWIE membuat persembahan pada pratonton konsert Wings Takkan Melayu Hilang Di Dunia di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Shiraz Ali
KUALA LUMPUR : Penyanyi rock popular, Awie menegaskan beliau tidak akan menceraikan Rozana Misbun, selagi wanita itu tidak memulangkan harta dan duit yang dicuri daripada anaknya.
"Saya boleh menceraikan beliau hari ini juga, namun saya tidak akan berbuat demikian selagi Rozana tidak memulangkan harta benda yang diambil milik anak-anak.
"Berhentilah mengaburi mata masyarakat dengan pelbagai tipu helah. Siapa yang dia cuba tipu sebenarnya?
"Saya tidak akan mengenal erti penat turun naik mahkamah demi memperjuangkan hak anak-anak saya," tegas Awie kepada BH Online.
Kemelut rumah tangga Awie atau pemilik nama sebenar, Ahmad Azhar Othman dan Rozana tercetus sejak tahun lalu. Keadaan bertambah sulit apabila Rozana dikatakan 'merompak' dua anak mereka di sekolah.
Kini, hanya Putra Ahmad Merah, 8, masih berada di bawah jagaan Awie dan beliau mengambil pelbagai langkah keselamatan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.
"Saya menyediakan pengawal untuk menjaga Merah ketika beliau di sekolah dan sebagainya. Saya tak mahu kejadian sama berulang lagi.
"Dua orang anak saya iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7 dan Putri Qaseh Antashah, 5, kini di bawah penjagaan Rozana, namun saya difahamkan mereka tidak bersekolah buat masa ini," ujar Awie.
Selain itu, Awie turut mendedahkan penemuan barang khurafat terbaharu beberapa hari lalu di dalam bantal tidur miliknya.
"Patutlah saya sering kali sakit jika berada di rumah. Rupanya masih ada lagi barang khurafat yang bersisa di rumah itu.
"Saya memang tidak akan memaafkan beliau kerana menggunakan perkara syirik terhadap saya dan membuatkan tempiasnya terkena orang lain," kata Awie mengakhiri wawancara.
- Sumber: BH Online | 11 Jun 2015
No comments:
Post a Comment