Wednesday 10 June 2015

15 ditahan ketika leka menari

Antara yang ditahan dalam serbuan di Taman Seaview.

PORT DICKSON – Seramai 15 orang termasuk empat wanita yang sedang berparti ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Seaview, petang kelmarin.

Difahamkan, semua yang ditahan sedang asyik menari sehingga tidak menyedari kehadiran polis dalam serbuan kira-kira jam 2 petang itu.

Ketua Polis daerah, Superintendan Baharudin Mustafa berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 18 hingga 34 tahun itu datang dari Kuala Lumpur dan Selangor.

"Sembilan daripada mereka bekerja di sektor swasta dan selebihnya adalah penganggur. Mereka mengadakan parti di sebuah homestay yang disewa.

“Serbuan polis dilakukan susulan daripada aduan penduduk yang mengadu terganggu dengan dengan bunyi bising yang datang dari arah homestay berkenaan," katanya.

Baharudin berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati 11 daripada mereka positif dadah jenis ganja.

"Kesemua mereka di reman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15 (1) (A) akta sama kerana memasukkan dadah di dalam badan," katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment