Wednesday 10 June 2015

Tuntut pampasan kerana direnung aktres dalam TV

Dalam siri televisyen 'Tiger Mom', Zhao Wei (gambar) memegang watak seorang isteri yang mengalami masalah emosi yang tidak stabil.

SEORANG lelaki membuat tindakan gila apabila bertindak menyaman seorang aktres popular China hanya kerana aktres berkenaan merenungnya dari kaca televisyen.

Zhao Wei, antara aktres papan atas di China, membintangi sebuah siri televisyen popular di China, "Tiger Mom", yang telah bersiaran sejak Mei lalu.

Lelaki tersebut membuat dakwaan berkenaan di sebuah mahkamah di Shanghai Pudong, dengan mengatakan renungan tajam Zhao Wei telah menyebabkan dia mengalami 'tekanan rohani'.

Dalam siri drama tersebut, Zhao Wei memegang watak seorang isteri yang mengalami masalah emosi yang tidak stabil, dan dilihat kerap kali memberi renungan tajam kepada suami dan isterinya.

Lelaki tersebut kini menuntut pampasan di atas 'tekanan rohani' yang dialaminya.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment