Wednesday, 26 August 2015

Bateri iPhone baharu tahan seminggu?

Bateri baharu ini berfungsi menggunakan hidrogen dan oksigen.

Sebuah syarikat dari Britain, Intelligent Energy, mendakwa telah berjaya mencipta bateri telefon pintar iPhone yang mampu bertahan selama seminggu.

Bateri daripada sel bahan api itu berfungsi menggunakan hidrogen dan oksigen. Ia terdiri daripada lapisan keluli dan plastik kedap udara untuk ‘membakar’ oksigen dan hidrogen, dengan lubang kecil di bahagian belakang untuk melepaskan wap air.

Prototaip ini dikhabarkan sedang diuji oleh Apple, dan jika lulus ia akan menggantikan bateri berasaskan lithium dan ion yang biasa didapati dalam telefon pintar hari ini.

Pun begitu, terdapat beberapa isu yang terlebih dahulu perlu diatasi sebelum bateri ini boleh digunakan. Antaranya penggunaan wap air yang terhasil daripada proses kimia.

Keadaan ini dikatakan akan membawa sedikit masalah kepada pengguna kerana ia akan menghasilkan kuasa elektrik, sekaligus memerlukan telefon itu sentiasa diletakkan di kawasan yang punya aliran udara yang baik.

Ini bermakna, pengguna tidak lagi boleh menyimpan telefon di dalam beg atau di dalam poket.

Isu lain pula adalah dari segi berat dan saiznya yang dikatakan lebih besar daripada bateri sedia ada. 

- Sumber: Astro Awani

Lelaki bernama 'Tuhan' disuruh tukar nama

Kad pengenalan lelaki bernama 'Tuhan'.

SURABAYA - INDONESIA. Penguat kuasa agama di Jawa Timur menggesa seorang lelaki yang bernama 'Tuhan' supaya mengubah namanya.

Menurut Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Bahagian Jawa Timur, manusia tidak layak menjadikan perkataan 'Tuhan' sebagai sebahagian daripada nama mereka. 

"Jangan sampai manusia menyembah (manusia) bernama 'Tuhan' nanti," kata Abdussomad Bukhor kepada detiknews.com, semalam.

Abdussomad juga menerangkan bahawa penggunaan nama 'Tuhan' pada nama manusia adalah tidak sesuai dan tepat.

"'Tuhan' memang nama yang baik, tapi tidak sesuai, kerana ia mensyirikkan Tuhan (sebenar). Tuhan adalah zat yang disembah," katanya lagi.

Beliau mencadangkan supaya lelaki tersebut mengubah namanya atau menambah apa-apa nama di hadapan 'Tuhan'. 

Sementara itu, kad pengenalan lelaki berkenaan telah diambil sehinggalah beliau mengubah namanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Tuesday, 25 August 2015

Menteri: Doktor rakam selfie boleh disaman


PUTRAJAYA - Anggota keluarga atau suami kepada pesakit wanita yang dirakam gambar oleh seorang doktor ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Johor Bahru boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pengamal perubatan tersebut. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim berkata, tindakan tersebut telah mengaibkan maruah wanita terbabit apabila gambar berkenaan turut menampakkan bahagian sulitnya. 

"Gambar itu kemudian disebarkan menerusi laman sosial sekaligus boleh memalukan dan menjejaskan imej pesakit wanita terbabit. 

"Selain menyalahi etika sebagai pengamal perubatan, doktor dan kakitangan pada waktu itu tidak wajar merakam gambar kerana mengundang pelbagai tanggapan negatif kepada hospital," katanya kepada media selepas mempengerusikan sesi percambahan minda Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perunding Wanita, di sini, hari ini. 

Beliau mengulas tindakan seorang doktor wanita di sebuah hospital di Johor Baharu yang merakam gambar secara selfie sambil menunjukkan isyarat 'peace' dengan pesakit itu dalam posisi bersalin.

Perbuatan itu telah mengundang kemarahan orang ramai terutamanya pengguna laman sosial yang turut mengecam aksi merakam gambar terbabit.

Pada masa sama, Rohani meminta orang ramai agar tidak menyebarkan gambar tersebut kerana ia boleh terus memalukan dan mengaibkan maruah pesakit wanita berkenaan.

"Bayangkan sekiranya perkara ini berlaku pada diri sendiri, mungkin kita turut merasa malu seperti dialami wanita terbabit," katanya.

- Sumber:  Bernama

'Orang berkuasa' kena elak cakap perkara bodoh

Salinan paparan perkongsian oleh Nazir Razak di laman Instagram beliau.

SHAH ALAM - "Isu modal adalah perkara sensitif, berita buruk dan petanda tidak elok akan menjadi semakin teruk, jadi orang yang 'berkuasa' perlu elak bercakap perkara-perkara bodoh."

Demikian kata Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dalam sebuah perkongsian di laman Instagram, hari ini.

Beliau berharap supaya tiada pihak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mampu menjejaskan proses pemulihan ekonomi negara.

Dalam perkongsian tersebut, Nazir menyertakan foto patung lembu yang hampir sama dengan patung 'Wall Street Bull' dalam keadaan rebah.

"Mati atau cedera?," Nazir memulakan kapsyen foto dengan soalan.

"China akan tentukan. Keadaan normal yang baharu (nilai-nilai relatif) akan diguna pakai bagi kebanyakan pasaran yang muncul," katanya lagi.

Ketika ini, nilai mata wang negara-negara membangun Asia menyusut kepada paras paling rendah dalam tempoh beberapa tahun ekoran kejatuhan harga saham di China.

Memetik laporan Reuters, penyusutan itu juga kesan daripada aktiviti penjualan aset oleh pelabur bagi mengurangkan risiko pelaburan masing-masing.

- Sumber: Sinar Harian 

Sunday, 23 August 2015

Beruk dibaling mercun, dipercayai mati dilanggar lari

Seekor beruk yang dilapor cedera akibat mercun yang dipercayai maut dilanggar lari oleh pihak bertanggungjawab pada Sabtu lepas.

KUALA LUMPUR: Sejak beberapa hari lalu, media sosial dibanjiri dengan kisah seekor beruk yang cedera akibat mercun yang dipercayai merupakan perbuatan manusia yang sengaja ingin menganiaya haiwan tersebut.

Sekeping gambar seekor beruk yang dikenali sebagai Michai dengan tangannya berdarah, menjadi viral di laman sosial sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Hari ini, netizen dikejutkan pula dengan berita kematian Michai yang dipercayai telah dilanggar lari.

Sebuah persatuan haiwan, Zoologi MY melaporkan insiden tersebut melalui laman Twitternya, lewat malam semalam.

Menurut Zoologi, Michai dilanggar lari Sabtu lepas dan mengalami kecederaan dalaman yang parah.

Michai kemudian dikejar ke sebuah klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan, namun haiwan itu gagal diselamatkan.

Oleh kerana penganiayaan dan pembunuhan hidupan liar semakin meningkat sejak kebelakangan ini, pihak zoologi menyeru pihak berkuasa untuk memantau aktiviti yang tidak bermoral itu. 

Netizen juga tidak melepaskan peluang untuk menuntut keadilan bagi perbuatan kejam itu melalui hashtag #JusticeForMichai di media sosial.

Terdahulu, gambar Michai yang cedera di tangan itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Shah Mikail.

Kejadian dipercayai berlaku di Taman TAR, Ampang, namun masih belum dapat dipastikan tarikh serta lokasi gambar Facebook berkenaan.

Memetik laporan portal Mstar, Ketua Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Andrew Sebastian berkata, “Walaupun insiden ini tidak dapat disahkan, orang ramai perlu tahu bahawa mencederakan hidupan liar adalah menyalahi undang-undang dan tindakan tidak berperikemanusiaan.”

Difahamkan, pihak berkuasa telah meminta orang ramai yang mempunyai bukti mengenai insiden tersebut, agar tampil supaya tindakan boleh diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.

- Sumber: Astro Awani

Ditukarkan ke JPM, tapi jawatan tidak wujud

Abdul Hamid Bador

DAMANSARA - Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador ‎berkata, ada sesuatu yang pelik berlaku terhadap pertukaran beliau ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ujarnya, walaupun beliau diminta untuk ditukarkan ke JPM namun katanya semakan beliau ke atas JPM dan‎ Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) jawatan beliau ke JPM itu belum wujud.

"Sekarang ini saya akan tunggu 17 September ini (hari terakhir lapor diri)‎, mereka beri sebulan untuk saya lapor diri di JPM, yang hairankan saya, bila saya tanya JPM, jawatan tu 'tak ready' (tidak sedia) lagi. Masih nak berbincang dengan JPA.

"Kalau dah ada jabatan itu, dalam cuti pun saya sanggup pergi, saya batal cuti lapor diri, jawatan pun tiada lagi. Kalau kata ini pengiktirafan, minta maaflah...
"Pada saya, kalau dah jawatan pun belum bersedia, JPA tidak tahu, jadi saya tunggulah. Sama ada saya akan lapor atau tidak," katanya.

Mengulas lanjut Abdul Hamid berkata, pertukaran beliau ke JPM telah dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Dua minggu ‎sebelum ini pada Jumaat tiga petang saya dipanggil oleh TPM untuk ke pejabat beliau di tingkat 31, Bukit Aman, sebagai pegawai kerajaan yang taat saya pun pergi menghadap beliau.

"Apabila saya dipanggil masuk, perkataan pertama yang keluar dari Zahid Hamidi ialah, Datuk kita kawan tuk. Kita sahabat kita kenal satu sama lain. Saya hanya nak sampaikan pada datuk bahawa saya sudah jumpa PM dan PM telah beri saya dua pilihan. Sama ada saya ditukar ke Majlis Keselamatan Negara atau ke Jabatan Perdana Menteri.

“Saya tergamam dan terkejut sebab sebelum ni saya ada merayu pada Tan Sri Khalid Abu Bakar, saya rayu secara peribadi dengan beliau. Beliau akur wujudnya desas-desus. Saya tak tau macam mana dia dapat tahu tetapi mungkin dimaklumkan dalam mesyuarat," katanya.

Katanya, kenyataan Ahmad itu sangat berat baginya kerana merasakan seperti jasanya tidak dihargai.

"Berat betul hukuman saya terima, sampai kena keluar PDRM saya kata dalam hati. Macam seolah-olah saya dah lakukan dosa besar tak boleh diampunkan, kena dijinak di luar PDRM. Saya kata Alhamdulillah.

"Saya tidak bertanya banyak, saya tanya TPM, saya tahu datuk, tahu sebab apa saya tidak dikehendaki dalam PDRM," katanya.

Namun ujarnya dia tidak kecewa sebaliknya akan terus memberi bakti dan bercakap perihal yang dirasakannya benar.

"Ada kata saya kecewa sebab tidak jadi pengarah, bukan."

"Tetapi pertukaran ini tidak akan menghentikan saya daripada saya melontarkan pandangan, saya ada hak di bawah perlembagaan dan undang-undang, dan saya tahu keterbatatasan dan apa yang perkara apa tidak boleh saya  bercakap" katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Tudung Elfira cetus kontroversi

Elfira Loy

PELAKON genit ini sangat disenangi personalitinya. Dek kerana itu, dia sering menjadi tumpuan peminat seni tempatan.

Jika sebelum ini kisah cintanya bersama pelakon popular Indonesia, Baim Wong mencuri perhatian, sebaliknya pula kali ini.

Mungkin antara sengaja atau tidak, pelakon yang dikenali sebagai Elfira Loy ini telah mencetuskan kontroversi apabila dia memuat naik foto coffee art yang menyerupai seekor khinzir di kedai Love Me Seven Days Cafe, baru-baru ini.

Belum lagi reda mengenai perkara itu, dia terus dihambat kontroversi kerana memilih tudung seperti 'sister' ketika hadir di Kuala Lumpur Fashion Week 2015.

Rentetan perkara tersebut, pelakon Untuk Terakhir Kali ini telah dikritik hebat peminatnya.

Bagaimanapun, masih ada yang menyokong Elfira dan memberi nasihat supaya lebih berhati-hati selepas ini untuk mengelakkan sebarang fitnah.

Menerusi aplikasi Whatsapp, pelakon yang terkenal menerusi drama Qalesya ini lebih selesa untuk tidak memperbesarkan isu tersebut, malah dia lebih selesa berdiam diri.

"Buat masa sekarang tiada apa-apa yang hendak saya komenkan," ujar pelakon berusia 21 tahun ini.

- Sumber: Sinar Harian 

1MDB: Jadi anak jantan, mara ke hadapan

Abdul Hamid Bador

DAMANSARA -‎ Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador hari ini menggesa pihak yang terbabit dalam isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) agar tampil memberi jawapan yang meyakinkan kepada rakyat mengenai isu itu.

Katanya, pelbagai polemik timbul berkenaan isu tersebut, sehingga menggusarkan rakyat dan jawapan yang diberikan pihak yang bertanggungjawab pula dilihat begitu mengelirukan sehingga menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

"Mengenai kekeliruan yang timbul sekarang iaitu isu tentang 1MDB ini, tampillah ke hadapan, perkara ini mudah dan beritahu rakyat.

"Apa 1MDB ini, ke mana duit. Terang apa yang berlaku kerana sekejap orang bagi kenyataan bercanggah, kenyataan tidak lengkap, bila ditanya tutup soalan. 'What happen (apa berlaku), di mana duit rakyat nak tahu.

"Betul ke berhutang begitu banyak, betul ke duit dah lesap? Kalau tak betul come forward (datang ke hadapan), kenapa dilambatkan. Rakyat resah, orang kampung resah," katanya kepada media di Damansara hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, pihak berkenaan perlu berani menghuraikan segala kekusutan dalam isu 1MDB ini.

"You must be brave, be a man come forward (awak mesti berani, jadi 'jantan' dan mara ke hadapan dan kongsilah, insyaALLAH kalau penjelasan benar rakyat dapat terima. Persepsi yang terbina sekarang amat negatif sekali.

"Tetapi bagi kami yang percaya 'rule of law ' yang percaya keutuhan perlembgaaan, saya percaya setiap orang itu ada hak untuk menjelaskan dan hak untuk diberi peluang untuk menjelaskan. Banyak forum yg boleh dilakukan," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, 1MDB bukanlah isu perkauman dan ia merupakan isu rakyat.

"Rakyat cuma ingin tahu kebenarannya, jangan bagi alasan ‎seperti tunggu dulu biar jawatankuasa, lepas itu tunda lagi penjelasan.

"Susah sangat ke PAC, dan Jawatankuasa khas hendak beritahu, kalau kata kes panjang sangat tapi ada bahagian selesai, kenapa bahagian yang selesai itu tidak diumumkan.

"Kongsilah dengan rakyat," katanya.

Katanya, tahap kesabaran rakyat sudah di penghujung tetapi rakyat masih boleh bersabar, namun tidak dijangka sampai bila kesabaran tersebut dapat dibendung.

"Kembalikan tanggungjawab dalam majlis jelaskan satu persatu. Buat sesi kedua ,ketiga sekurangnya rakyat dapat sabar tahu satu persatu.

"Saya cakap sebab persepsi terbina sekarang amat buruk. Belum bicara rakyat dah hukum. Tidakkah kita rasa tanggungjawab nak betulkan kalau rakyat salah persepsi. Tampil ke depan dan jelaskan," katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Saya tidak akan ceritakan peristiwa lama - Najib

Najib (tengah) merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR - [DIKEMASKINI] Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak akan mengungkit "peristiwa" lama yang pernah berlaku di dalam Umno kerana berpegang teguh kepada prinsip tanggungjawab bersama dan disebabkan perasaan sayangkan parti.

Perdana Menteri dan Presiden Umno itu berkata, disebabkan sayang dan kasih kepada parti, beliau tidak akan berbuat perkara sedemikian yang pada akhirnya tidak akan memberi sebarang faedah kepada parti.

"Dalam sejarah Umno banyak peristiwanya, tetapi saya tidak akan ceritakannya pasal saya berpegang kepada prinsip 'collective responsibility' (tanggungjawab bersama). Ini tanggungjawab kita semua, takkan saya hendak menceritakan kerugian-kerugian dulu, kesalahan dulu.

"...ia diibaratkan 'tepuk dulang dan merecik ke muka kepala sendiri'.

Saya tidak akan 'meludah ke langit' yang akan jatuh ke muka sendiri kerana saya kasih dan sayang kepada parti Umno," katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Setar di sini, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, apa yang beliau lakukan dan amalkan ketika ini sebagai Presiden Umno tidak berbeza dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin parti sebelum ini seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. - Bernama

"Apa yang saya buat ini pun tidak berbeza dengan amalan-amalan dahulu," katanya dan menambah beliau sentiasa berusaha mencari dana untuk menggerakkan jentera parti bagi memastikan Umno terus berkhidmat kepada rakyat.

Di dalam usaha mencari dana bagi Umno, Najib berkata, prinsip-prinsip penting yang perlu dipatuhi seperti 'jangan mencuri duit orang, tidak menyalahi undang-undang dan dana itu tidak digunakan untuk membeli undi'.

Beliau berkata, Dr Mahathir juga mengakui parti politik memerlukan duit.

"Ini (dana politik) diakui sendiri oleh Tun Dr Mahathir sendiri di dalam buku Transparency International, di mana dia (Tun Dr Mahathir) sebut ' every political party needs money' (setiap parti politik memerlukan duit)," katanya.

Perdana Menteri juga berkata, beliau juga mempunyai prinsip menyokong ketua, sebagaimana yang dilakukannya sebelum ini ketika menjadi Timbalan Presiden Umno kepada Abdullah.

Katanya, semasa menjadi timbalan kepada Abdullah, beliau tidak pernah menyoal Presiden Umno itu tentang dana yang diperolehinya untuk perjalanan Umno.

"Waktu saya jadi timbalan, saya tidak soal Pak Lah (Abdullah) daripada mana dapat dana, saya tidak soal. Saya tanya pada Pak Lah, You (Pak Lah) tanya tak pada Tun Mahathir (ketika Abdullah menjadi timbalan kepada Dr Mahathir) dan dia kata tidak.

"Asalkan dua perkara, jangan curi duit orang dan menyalahi undang-undang, yang lain itu terpulanglah kepada presiden parti," katanya.

Najib berkata, beliau boleh memberi penerangan secara terperinci tentang isu dana parti kepada anggota Umno tetapi ia mestilah dilakukan secara tertutup.

“Tindakan membincangkan isu berkenaan dana parti secara terbuka dibimbangi akan hanya merosakkan Umno, malah parti pembangkang juga tidak mendedahkan sumber dana parti mereka.

"Cukuplah, jangan "korek kapal", kita semua dalam satu pasukan. Jikalau kita kasih dan sayang parti, aman parti," kata Najib dan menurutnya pengorbanan Ketua Umno Bahagian Alor Setar, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah adalah contoh kesetiaan dan kasihnya kepada parti.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar dan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. 

- Sumber: Bernama

Tahan pegawai SPRM tindakan jijik, hina

Abdul Hamid Bador

DAMANSARA - Bekas‎ Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador menyifatkan tindakan menahan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai perbuatan jijik dan hina.

Bekas pemimpin nombor dua di Cawangan Khas itu berkata, tindakan itu dilihat sebagai tidak melihat kepada semangat undang-undang.

"Sepatutnya guna pendekatan lain sepetti memanggil mereka memberikan keterangan sahaja bukannya menangkap mereka. 

"Mereka adalah pegawai kerajaan yang berintegriti, bukan samseng bukan pengamal ajaran sesat," katanya ketika ditemui pemberita hari ini. 

Beliau berkata demikian mengulas tindakan polis yang melakukan siasatan kepada pegawai SPRM yang sedang menyiasat kebocoran maklumat syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Wall Streel Journal (WSJ).

Jelasnya, tindakan sedemikian akan menakutkan lagi pegawai-pegawai kerajaan melakukan tugas.‎

- Sumber: Sinar Harian

91 AJK Pas Gelang Patah letak jawatan

Dzulkefly (duduk, tengah) bersama AJK Pas Kawasan Gelang Patah pada sidang media perletakan jawatan mereka, tengahari tadi.

JOHOR BAHRU - Seramai 91 ahli jawatankuasa yang memegang pelbagai jawatan dalam Pas Kawasan Gelang Patah meletak jawatan masing-masing berkuatkuasa hari ini bagi menyertai parti baru yang bakal dilancar 31 Ogos ini.

Seramai 16 daripada 32 AJK Pas kawasan berkenaan menghantar surat peletakan jawatan mereka termasuk Yang Dipertua Pas Kawasan Gelang Patah, Dzulkefly Ahmad, Naib YDP Kawasan, Isnin Hassan dan Setiausaha, Musa Abdul Wahab.

Manakala seramai 17 daripada 22 AJK Dewan Pemuda kawasan turut meletak jawatan termasuk Ketua Pemuda, Mohd Azam Mektar dan tujuh daripada 15 AJK Dewan Muslimat kawasan turut mengambil langkah sama termasuk Naib Ketuanya, Khadijah Abdul Ghani.

Selain itu 51 ajk daripada sembilan cawangan pas kawasan berkenaan turut meletak jawatan termasuk empat ketua cawangan.

Dzulkefly Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Harapan Baharu Johor berkata, mereka masih kekal sebagai ahli Pas sehingga parti baru ditubuhkan pada 31 Ogos ini dan tujuan perletakan jawatan itu bagi memastikan penyerahan kuasa kepada ajk baru berjalan dengan baik.

Katanya, lebih ramai AJK Pas dari kawasan lain di negeri ini dijangka mengambil tindakan sama bagi menyertai parti baru berkenaan dan memberi fokus memperjuangkan hak rakyat menggunakan pendekatan berbeza dan menepati syariat Islam.

- Sumber: Sinar Harian 

'Government should cancel Merdeka Day concert due to Bersih 4.0'

Shamsul Anuar says it would be most unfortunate if people come with their families and children to celebrate Merdeka at Dataran Merdeka (pic) but are disturbed by the Bersih 4.0 rally participants instead.

KUALA LUMPUR: UMNO Supreme Council member Datuk Shamsul Anuar Nasarah urged the government to cancel the Merdeka Day concert to avoid any untoward incidents if the Bersih 4.0 rally is happening at the same time.

He said, although this wouldn't be fair to some parties, the suggestion should be seriously considered for the sake of public safety.

"The government, through the Communication and Multimedia Ministry, should reconsider the Merdeka Day events, especially the entertainment concert.

"The rally by Bersih is intended to incite public anger towards the government, I worry that many government events will be disrupted.

"It would be most unfortunate if people come with their families and children to celebrate Merdeka but are disturbed by the rally participants instead," he said in a statement to Astro AWANI today.

The Lenggong MP also hoped the government would no longer give the rally organisers any leeway for discussion as the gathering clearly goes against the Peaceful Assembly Act (PAA) 2012.

"The time to compromise has passed and the government must prioritise the rakyat's interest rather than tend to the whims of some who abuse the meaning of freedom.

"If the organisers are truly fighting for their right and freedom, then they should consider the rights of others to celebrate Merdeka Day without interference, and the rights of traders to conduct their businesses freely in the city," said Shamsul Anuar.

He said based on past experiences, the rally would not be a peaceful one, despite whatever promises the organisers have made.

"With the current economic and political standings, Bersih would only tarnish the country's image even more," he said.

He added that the action by Bersih did not coincide with this year's "Sehati Sejiwa" Merdeka theme at all.

Before this, Bersih's steering committee had said they would continue with the planned rally end of this month around Dataran Merdeka, despite their permit application being rejected by KL City Hall.

City Hall had proposed for the rally to be held the weekend after the National Day and at a different location, but it was rejected by Bersih chairman Maria Chin Abdullah.

The police had previously warned that those who are adamant in joining the illegal rally should be prepared to face the music.

- Source: Astro Awani

1MDB: Khairuddin buat laporan polis di London

Khairuddin Abu Hassan

SHAH ALAM – Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan melangkah lebih jauh apabila membuat laporan polis ke atas syarikat Petrosaudi International dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Balai Polis Chairing Cross, London.

Khairuddin memaklumkan perkara itu menerusi laman Facebooknya semalam, bahawa laporan itu dibuat berdasarkan dakwaan pengubahan wang haram yang melibatkan syarikat tersebut.

“Laporan polis ini adalah berkisar kepada pengubahan wang haram di antara syarikat Petrosaudi International dan 1MDB untuk disiasat oleh The Proactive Money Laundering Investigative Team.

“Polis Metropolitan London juga telah menghubungi peguam saya Matthias Chang dan berikrar untuk memberi kerjasama dalam melaksanakan penyiasatan aktiviti pengubahan wang haram rentas sempadan ini secara komprehensif serta telus,” katanya.

Beliau turut menegaskan tindakannya menggunakan proses undang-undang antarabangsa bertujuan membolehkan siasat terperinci dilakukan terhadap syarikat milik kerajaan itu.

“Ini dana kerajaan yang juga wang rakyat selaku pembayar cukai di tanah air kita. Ini adalah maruah negara yang mesti disiasat oleh badan-badan penguat kuasa undang-undang mahupun kewangan secara terperinci.

“Sepatutnya kerajaan kita menyiasat kes ini secara telus dan saksama dan sesiapa saja yang terlibat dengan jenayah ini harus dibawa ke muka pengadilan tanpa pilih kasih,” katanya.

Katanya undang-undang tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak termasuk pemimpin negara. 

Disember tahun lalu, Khairuddin mengejutkan ramai pihak apabila beliau satu-satunya pemimpin Umno yang membuat laporan polis terhadap 1MDB.

Bulan lalu, Khairuddin turut membuat laporan kepada polis Perancis mengenai 1MDB, dan tiga hari lalu beliau turut membuat laporan sama kepada Peguam Negara Switzerland.

Kontroversi 1MDB mendapat perhatian ramai termasuk media antarabangsa apabila syarikat itu dikatakan menanggung beban hutang sebanyak RM42 bilion.

- Sumber: Sinar Harian 

Bekas Timbalan Pengarah SB tampil dedah 4 perkara

Abdul Hamid Bador

DAMANSARA - ‎Bekas‎ Timbalan Pengarah Cawangan‎ Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri hari ini tampil mendedahkan empat perkara kepada umum.

Abdul berkata empat perkara itu adalah mengenai peranan dan tanggungjawab beliau dalam SB, mengenai pertukaran beliau ke JPM, mengenai tekanan penjawat awam terhadap pihak atasan dan mengenai nadi rakyat.

" Hari ini saya tampil menjelaskan mengenai empat perkara ini demi rakyat Malaysia."

" Tiada niat saya untuk popular atau untuk mengkhianati sesiapa," katanya kepada media di Damansara hari ini.

- Sumber: Sinar Harian | 23 Ogos 2015

Man United held to goalless draw by Newcastle

Premier League, Old Trafford - Manchester United 0 Newcastle United 0

Manchester United drifted to a 0-0 draw against Newcastle United, as Wayne Rooney’s poor form continued.

Manchester United dominated the early stages of the match, when Newcastle’s defence was disarray. Although he faded, Memphis threatened initially, and then drifted from the game.

Memphis shot straight at Tim Krul after skinning his full-back, and minutes later Juan Mata drilled a shot at the near post which was beaten away. Aleksandar Mitrovic then headed against the crossbar, and just before half-time Ayoze Perez dragged a shot just wide.

In the second half, Manchester United struggled throughout to break Newcastle down, who sat back and absorbed pressure comfortably. 

Their best chances came when Luke Shaw drilled a shot at goal after a one-two with Morgan Schneiderlin, and Javier Hernandez had a one-on-one chance, but Krul saved on both occasions.

- Source: Eurosport

Saturday, 22 August 2015

Mazda MX-5 launched in Malaysia: 2.0L, 6sp auto, RM219,999


It’s been a long time coming – the car was unveiled this time last year – and after several months of teasing and leaked info and photos, the fourth-generation ND Mazda MX-5 has finally been launched in Malaysia.

First things first, let’s not beat around the bush, because this is one expensive little tyke. There’s only one variant, and one price; you’ll need a cool RM219,999 – on-the-road without insurance, inclusive of a three-year/100,000 km warranty and a three-year/60,000 km free service package – to drop the top on this one.

But hey, at least our MX-5 is loaded up to the teeth with kit. The lithe, if rather divisive styling is bolstered with adaptive LED headlights, LED daytime running lights and the larger 17-inch wheels, the latter shod with 205/45-section tyres. Keyless entry, an option in other markets, is also fitted here.


Step inside and you’ll find that the minimalist driver-oriented cockpit is equipped with push-button start, auto lights and wipers, cruise control, auto air-con, leather upholstery, the now-familiar MZD Connect infotainment system with a seven-inch touchscreen and Commander Control knob and a nine-speaker Bose sound system (with headrest speakers, just like the original!).

On the safety side, there are four airbags (front and side), ABS with EBD and Brake Assist, Dynamic Stability Control (DSC), High Beam Control (HBC) and Lane Departure Warning System (LDWS).

Under the bonnet, we get the more powerful of the two engines available worldwide – a 2.0 litre high-compression, direct-injected SkyActiv-G four-pot that makes 158 hp at 6,000 rpm and 200 Nm of torque at 4,600 rpm.

A six-speed SkyActiv-Drive automatic transmission with paddle shifters is all we’ll be able to choose. You’ve probably heard us lament the lack of a manual gearbox option for long enough – so I’ll save it – but suffice to say, if you’re looking for a row-your-own ‘box for your Roadster, you’ll have to look elsewhere. Also equipped are an i-stop auto start stop system and i-ELOOP energy regeneration.

- Source: paultan.org

Ternipis, ringan taruhan Galaxy Tab S2

Galaxy Tab S2

DUNIA teknologi terutamanya teknologi telefon pintar semakin banyak persaingan dan pembaharuan dalam menampilkan teknologi telefon pintar yang terbaharu dan sesuai dengan kehendak pengguna.

Boleh dikatakan setiap minggu terdapat telefon pintar baharu di pasaran. Terbaharu adalah Samsung yang mempertaruhkan Galaxy Tab S2, tablet premium yang dilabel sebagai paling nipis dan ringan. 

Galaxy Tab S2 didatangkan dengan kemasan bingkai besi menjanjikan prestasi penggunaan yang berkuasa ditampilkan dalam saiz paparan 8 inci.

Tablet ini yang hanya setebal 5.6 milimeter dengan berat 392 gram (model 9.7 inci) dan 272 gram (model 8 inci) serta sangat mudah dikendalikan.

Disamping peningkatan dari segi kemudahan penggunaan, ia juga menawarkan kelebihan dwifungsi iaitu untuk membantu meningkatkan produktiviti dan sebagai alat hiburan yang mudah dibawa ke mana saja.

Tablet ini turut menawarkan teknologi Super AMOLED yang menyempurnakan dan mengoptimumkan paparan apa juga jenis visual digital. 


Tablet ini yang hanya setebal 5.6 milimeter dengan berat 392 gram (model 9.7 inci) dan 272 gram (model 8 inci) serta sangat mudah dikendalikan.

Galaxy Tab S2 mampu memenuhi pelbagai kemudahan penggunaan mudah alih paling berkesan bagi memaksimumkan produktiviti dengan dilengkapi perisian Microsoft Office dan kemudahan simpanan data 100 gigabit secara maya melalui OneDrive yang diberikan secara percuma selama dua tahun. 

Model 9.7 inci juga boleh digunakan bersama papan kekunci Book Cover Keyboard bagi memudahkan urusan menaip seumpama menggunakan komputer peribadi.

Samsung turut tidak lupa memasukkan fungsi keselamatan dengan melengkapkan peranti itu dengan sistem pengenalan cap jari pada butang pemula (home key) dan perisian anti-malware. 

Begitu juga dengan hiburan, tablet ini didatangkan bersama perisian TV internet Iflix diberikan secara percuma selama setahun buat pembeli Galaxy Tab S2 selain Milk Music yang menawarkan radio internet percuma dengan sembilan pilihan genre muzik.

Tablet ini yang didatangkan dalam tiga warna iaitu emas, putih dan hitam akan mula berada di pasaran pada 14 Ogos dengan harga RM1,699 dan RM1,999 (saiz 9.7 inci).

- Sumber: BH Online 

Telefon pintar pertama buatan India - Xiaomi Redmi 2 Prime

Xiaomi Redmi 2 Prime

SYARIKAT pengeluar telefon pintar dari China, Xiaomi menghasilkan produk terbaharu, Xiaomi Redmi 2 Prime. Menariknya, produk terbaharu ini dikeluarkan di India menjadikan Redmi 2 Prime telefon pintar pertama yang dikeluarkan dari negara itu (made in India).

Ini kerana Xiaomi mempunyai kilang di India dan Xiaomi ingin memberikan sesuatu kepada India, dengan Redmi 2 Prime dikatakan sebagai telefon pintar buatan India.

Tidak hanya itu, telefon pintar ini juga mempunyai spesifikasi lebih tinggi dibandingkan dengan Redmi 2 serta dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding siri sebelumnya.

Xiaomi Redmi 2 Prime tampil dengan RAM sebesar 2GB serta memori dalaman berkapasiti 16 gegabait (GB) berbanding Redmi 2 dengan RAM 1GB dan memori dalaman 8GB. 

- Sumber: BH Online 

MACC seeks Jho Low, Nik Faisal, Suboh to assist in SRC investigations

The MACC are seeking the three individual to assist in its investigation on SRC International Sdn Bhd.

PUTRAJAYA: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has asked three individuals to contact it immediately to assist in the investigations connected with SRC International Sdn Bhd.

MACC director of investigations Datuk Azam Baki in a statement here today said the three were SRC International managing director Nik Faisal Ariff Kamil; SRC International Sdn Bhd director Datuk Suboh Md Yassin and businessman Low Taek Jho, better known as Jho Low.

The statement gave their details as follows:

Nik Faisal (identity card number: 710304-10-6303/passport number: A3178024).
Last known address: No 17, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam, Selangor and No 19, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor. 
Datuk Suboh (identity card number: 510111-10-5521 and passport numbers: D021678 and R016029).
Last known address: 3-15-2, No 3, The Residence, Jalan Wan Kadir 5, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. 
Low Taek Jho (identity card number: 811104-07-5701).
Last known address:69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Penang.

Azam said they were required to present themselves at the MACC Special Operations Division at Level 7, Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya.

The three are also required to contact the Case Investigation Officer, Assistant Commissioner Rosli Husain at telephone number 010-3187757 or 03-88900752, or Assistant Commissioner Norkhafizin Isa at telephone number 019-6000345 or 03-88900754.

"The MACC also requests that members of the public with any information on the whereabouts of these three persons to contact Assistant Commissioner Rosli Husain or Assistant Commissioner Norkhafizin Isa or the nearest MACC office," he said.

Last month, the media reported that the Public Accounts Committee (PAC) had asked Jho Low to voluntarily come forward to provide it with information on the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) issue.

The PAC is looking into the dealings of 1MDB to find if there have been any irregularities.

- Source: Bernama

Seven killed as typhoon hits northern Philippines

A man was killed in nearby Ilocos Norte province after he was hit by a falling tree.

MANILA: Seven people were killed while thousands fled to higher ground as powerful typhoon Goni brought torrential rains to the northern Philippines, triggering landslides and floods, officials said Saturday.

Six people died in Mountain Province and Benguet in the northern highlands after they were buried in rocks and mud. A man was killed in nearby Ilocos Norte province after he was hit by a falling tree, the national disaster council said in a report.

Two others were reported missing in flooded areas while five people were injured. Roughly 1,700 people had been evacuated by Saturday, the report said.

Typhoon Goni was 165 kilometres northeast of the northern province of Cagayan on Saturday morning, with winds of up to 195kph (121mph), according to the state weather bureau.

In the northern province of Abra, two straight days of heavy rains caused a major river to overflow, governor Eustaquio Bersamin said.

"The Abra river has turned into an ocean," Bersamin told DZMM radio.

"The rains were much stronger than we expected," he said.

Thirteen domestic flights were cancelled on Saturday, the disaster council said.

The storm is the ninth out of an average of 20 that hit the Philippines each year and is now heading to Taiwan, the weather bureau said.

Taiwan has evacuated people from outlying islands and troops are on standby for disaster relief as it takes precautions against heavy rains expected this weekend.

Towering waves crashed against the island's eastern coast Saturday morning, although people were still on the beach in the southern region of Kenting.

Tourists evacuated 

While the chance of Goni making landfall in Taiwan has diminished, the typhoon will bring heavy rains to most of the island Saturday and Sunday, with mountainous areas in eastern Hualien and Yilan counties expected to see torrential downpours.

Areas at risk included the hot spring town of Wulai that was devastated by Typhoon Soudelor just two weeks ago. The popular tourist destination is still struggling to repair roads damaged by mudslides and the town remains cut off from regular water and power supplies.

Wulai residents piled large sandbags along the river to prevent flooding from the expected rains and local officials may evacuate residents from at-risk areas later Saturday.

At least 1,700 tourists have already been evacuated from Taiwan's outlying Green and Orchid islands. Offices and schools have been closed there since Friday. Some ferry services and domestic flights have been cancelled, but international flights have yet to be affected.

China's National Meteorological Center has forecast Goni will not make landfall in the country, although the lowest level typhoon alert has been issued.

The eastern province of Fujian, which faces Taiwan across a strait, has evacuated nearly 5,000 people involved in the fishing industry from coastal areas while 10,490 boats have returned to port to avoid impact from the typhoon.

Typhoon Soudelor killed at least 21 people in China after making landfall in Fujian earlier this month.

In Japan, airlines announced possible flight delays and cancellations as Goni and another strong typhoon, Atsani, neared.

Atsani was expected to approach the Ogasawara island chain, some 1,000 kilometres south of Tokyo, on Saturday, with winds of up to 252kph, according to the Japanese meteorological agency.

Goni was forecast to approach the Sakishima island chain in the south on Sunday, it said. 

- Source: AFP

Konspirasi jatuhkan kerajaan: 'Ini betul-betul, bukan cubaan' - Ahmad Zahid



AHMAD ZAHID: Saya perolehi dengan tepat dan tidak menambah atau berkurang faktanya. Konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan ini akan berlaku jika tidak disekat.

SEGAMAT: "Ini betul-betul, bukan cubaan," kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan melalui "pintu belakang" bukan sandiwara ciptaannya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO sebaliknya berkata pendedahannya itu adalah sesuatu yang sahih melalui sumber dan risikan agensi bertanggungjawab.

"Saya perolehi dengan tepat dan tidak menambah atau berkurang faktanya. Konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan ini akan berlaku jika tidak disekat.

"Ini betul-betul. Bukan cubaan," katanya seolah-olah mengulangi ungkapan guru silat Wak Mustarjo dalam filem "Pendekar Bujang Lapuk".

"Kita kena sekat daripada awal dan tidak rela dijatuhkan pembangkang dengan cara ini," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sekijang di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Sekijang Datuk Dr Baharum Mohamed, Timbalan Ketua UMNO bahagian itu Alus Kassim, dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kemelah Datuk Ayub Rahmat.

Ahmad Zahid berkata, setiap laporan risikan itu akan diperiksa pula secara berulang kali sebelum faktanya disahkan.

"Kemudian laporan itu (risikan mengenai konspirasi) barulah diserahkan kepada saya.

"Menerusi risikan itu mendapati pihak pembangkang mahu menubuhkan 'unity government' atau kerajaan bersatu yang membabitkan 88 anggota Parlimen pembangkang dan mahu menarik 40 anggota Parlimen daripada Barisan Nasional (BN)," katanya.

Ahmad Zahid berkata ada pihak yang menuduhnya sebagai sandiwara apabila mendedahkan dalang utama pemimpin yang berusaha untuk mendapatkan akuan bersumpah anggota Parlimen itu tidak hadir untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tahu mengenai perkara itu dalam satu mesyuarat. Dia (pemimpin berkenaan) tidak datang kerana tidak mahu gambarnya disiarkan (didedahkan identiti)," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata kumpulan itu mahu menyerahkan akuan bersumpah itu kepada Speaker sebelum Persidangan Dewan Rakyat pada Oktober ini bagi diadakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

"Mengikut risikan itu mereka mahu menggunakan Plan B pula iaitu mahu menyerahkan akuan bersumpah itu pula kepada Yang di-Pertuan Agong untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau bagaimanapun yakin seramai 134 anggota Parlimen BN tidak akan terpengaruh dengan pujuk rayu pihak berkenaan bagi mendapatkan sokongan bagi jalan belakang itu.

Sehubungan itu Ahmad Zahid berkata beliau tidak pernah merasa serba salah ketika membuat pendedahan itu dan sedia melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kerajaan yang dipilih secara sah pada pilihan raya umum lalu.

"Saya sedia pertahankan kerajaan yang ada dan tidak mahu berlaku rampasan kuasa politik yang tidak memberikan apa-apa keuntungan seperti yang pernah berlaku di Perak walaupun PAS yang memerintah tetapi kuasa pemerintahannya adalah DAP," katanya.

Sementara itu beliau juga mahu rakyat memahami hal sebenar mengenai isu dana politik RM2.6 bilion yang datang dari penderma dari Timur Tengah.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyemak perkara itu daripada penderma berkenaan dan telah sahkan ia adalah dana politik dan bukan menggunakan sumber wang amanah dan sebagainya," katanya.

Pada sebelah pagi ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading, Batu Pahat, Ahmad Zahid berkata sikap Malaysia yang komited dalam mengekang keganasan, berpegang teguh kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah serta negara Islam sederhana dengan kewujudan masyarakat majmuk adalah tiga sebab penderma dari Timur Tengah menyumbang dana politik RM2.6 bilion kepada Malaysia.

Beliau juga mahu pemimpin UMNO agar sentiasa turun padang untuk menjelaskan kedudukan sebenar pelbagai isu kepada akar umbi agar mereka tidak terpesong dengan dakyah pembangkang yang disebarkan melalui media sosial. 

- Sumber: Bernama

Gelandangan itu rupanya bapa kandungku!

Foto bapa Diana ketika menjadi gelandangan. Gambar Kecil: Diana dan bapanya yang kian pulih

SIAPA sangka setelah 10 tahun mengambil gambar gelandangan, seorang wanita akhirnya menyedari salah seorang daripadanya adalah bapanya yang telah lama terpisah. 

Diana Kim merupakan seorang jurugambar yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil gambar gelandangan di sekitar kawasan Hawaii.

Setelah 10 tahun melakukan pekerjaan itu, Diana menyedari bahawa salah seorang gelandangan tersebut adalah bapa kandungnya yang terpisah sejak dia berusia 8 tahun selepas kedua ibu-bapanya bercerai. 

Melalui blognya, homelessparadise.com, Diana berkata, dia bertemu bapanya ketika mengambil gambar di sekitar Honolulu pada tahun 2012, dan kemudian dia menyedari bapanya adalah di kalangan gelandangan yang tinggal di kawasan berkenaan.

“Dia menghidap penyakit schizophrenia dan selalu bergaduh dengan seseorang yang tak wujud.” katanya.

Tambah Diana, sebelum ini, neneknya pernah memaklumkan kepadanya mengenai kesihatan mental bapanya yang merosot namun tiada siapa yang mengetahui di mana bapanya itu tinggal. 

Selepas bertemu semula dengan bapanya itu, Diana mencuba sedaya upaya untuk mendekati dan memberikan bantuan kepada bapanya itu walaupun bapanya itu enggan.

Bagaimanapun selepas bapanya mendapat serangan jantung pada tahun 2014, dia akhirnya bersetuju untuk dirawat. 

Setelah menjalani beberapa siri rawatan, bapanya kini kembali pulih dan menjalankan kehidupan normal.

- Sumber: Sinar Harian

WhatsApp web untuk pengguna Iphone


APLIKASI Whatsapp hari ini memperluaskan penggunaan perkhidmatan Whatsapp web kepada pengguna Iphone. 

Sebelum ini, WhatsApp telah memperkenalkan sokongan WhatsApp Web untuk pengguna Android sahaja. 

Untuk mengaktifkan perkhidmatan ini, pengguna boleh melayari https://web.whatsapp.com melalui pelayar web dan pengguna perlu mengimbas kod QR yang diberikan terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Pengguna iPhone perlu memastikan aplikasi Whatsapp di telefon adalah versi terkini.

Menggunakan WhatsApp Web, pengguna boleh membalas pelbagai mesej terus menggunakan komputer, selain turut memudahkan penghantaran gambar daripada komputer ke Whatsapp, serta mengakses buku alamat.

Derma RM2.6 bilion bantu UMNO lawan pengaruh DAP-Yahudi

ABDUL AZIZ: Penderma berkenaan khuatir sekiranya pengaruh Yahudi akan meresap di negara ini melalui DAP dan memusnahkan kerajaan Islam yang diketuai Barisan Nasional (BN). Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sumbangan RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada salah seorang penderma dari timur tengah adalah bagi membantu UMNO menentang DAP, lapor The Malaysian Insider.

Ketua Bahagian UMNO Sri Gading, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mendakwa DAP telah dibiayai Yahudi ketika parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum 2013.

The Malaysian Insider juga memetik Abdul Aziz sebagai berkata, penderma berkenaan khuatir sekiranya pengaruh Yahudi akan meresap di negara ini melalui DAP dan memusnahkan kerajaan Islam yang diketuai Barisan Nasional (BN).

"Kalau kita kalah, DAP akan berkuasa. DAP dengan dana Yahudinya akan mengawal negara ini.

Berdasarkan perkara itu, rakan-rakan Islam kita di Timur Tengah dapat melihat ancaman Yahudi melalui DAP," katanya kepada perwakilan bahagian Sri Gading.

Sementara itu, Abdul Aziz turut memuji Najib sebagai seorang pemimpin Islam yang hebat di rantau ini sehingga mampu menarik kepercayaan bagi memperjuangkan agama Islam.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akuan peribadi Najib daripada negara 'bersaudara' di timur tengah yang mahu parti tertentu menang dalam pilihan raya umum yang lalu.

Mohamed Nazri berkata ia diberikan kepada Malaysia oleh negara sahabat iaitu negara yang tidak sekuat mana berbanding Malaysia.

- Sumber: Sinar Harian 

Kamal Adli-Emma Maembong pukau penonton

Babak dalam drama Jodoh Sebelah Pintu.

SUDAH pun bersiaran sebanyak lapan episod di saluran 116 HyppSensasi bermula 29 Julai lalu, drama Jodoh Sebelah Pintu memberikan keunikan dan kelainan tersendiri.

Dibarisi pelakon hebat seperti Emma Maembong, Kamal Adli, Erwin Dawson dan Lia Natalia, drama yang mendapat sentuhan pengarah Michael Ang ini diadaptasi berdasarkan cerita yang diambil dari sebuah novel berjudul sama.

Pengarah Urusan Darkwave Pictures Sdn Bhd yang juga penerbit drama ini, Datuk Rafiena Ezanee Ramli berkata, meski pun baru ditayangkan di HyppSensasi, drama ini berjaya mendapat rating penonton yang tertinggi di saluran itu.

“Saya dimaklumkan Jodoh Sebelah Pintu antara drama Melayu yang mendapat sambutan paling tinggi sepanjang ditayangkan di Hypptv. Ia satu pencapaian yang memberangsangkan.

“Terima kasih kepada pihak Hypptv khususnya Hyppsensasi dan wakilnya, Puan Wan Rozita Aladad Khan, Cik Emily Wee dan Encik Jeremy Kung serta Puan Haslinda dan seluruh warganya kerana memberi peluang pada Darkwave Picture,” katanya.

Drama komedi romantis ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Mona Airawani yang akan dijodohkan bersama seorang lelaki misteri digelar sebagai Alang. Lebih tak keruan, apabila bakal tunangnya hanya berada di sebelah pintu. Namun
semuanya berubah dengan kehadiran orang ketiga. Siapa sebenarnya tunangan Mona?

Pelakon hilang suara

Membabitkan kos berjumlah RM1 juta, drama ini menjalani penggambaran sekitar Lembang Klang dan melalui cabaran tersendiri.

Tambah Rafiena, banyak babak pergaduhan memerlukan Emma menjerit dan beraksi lincah.

“Banyak cabaran dalam merealisasikan drama ini antaranya pelakon utama Emma hilang suara kerana banyak menjerit. Lagi pun penggambaran dibuat pada bulan puasa sampai pelakon menghadapi masalah kesihatan.

“Pelakon yang terlibat dalam drama ini juga adalah nama besar industri jadi kerap berlaku pertindihan jadual. Namun, semua itu dapat diatasi dengan komitmen yang bagus daripada semua pihak,” sambungnya.

Selaku penerbit, Rafiena berpuas hati terhadap mutu lakonan semua pelakon yang terlibat terutamanya pelakon cilik Qistina Raisya yang berjaya membawakan watak dengan baik.

“Gandingan Emma dan Kamal memang satu pilihan tepat. Mereka berdua sangat menjiwai watak dan kerjasama yang baik bersama produksi sebelum ini banyak membantu hubungan pelakon dan produksi.

“Sebenarnya apabila saya baca novel yang menjadi asas kepada drama ini, ia mengingatkan saya dengan cerita P Ramlee berjudul Masam-Masam Manis tapi Jodoh Sebelah Pintu adalah versi urban.

“Soal penerimaan penonton saya serahkan kepada penilaian umum. Bagi saya, jika produk kita bagus, ia sendiri yang akan berbicara,” katanya.

Skrip drama dari novel tulisan Dekna Lee ini digarap Loh Chung Tat dan bersiaran setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam.

- Sumber: Sinar Harian 

Cadangan Dr M separuh masak

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM – Cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar pembangkang mencari formula menurunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi mengekalkan kerajaan BN adalah cadangan separuh masak.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim TuanMan berkata, ini kerana isu utama yang menimbulkan polemik negara bukan hanya berpunca dari Najib, tetapi budaya dan sistem pentadbiran negara yang korup diwarisi daripada Dr Mahathir sendiri.

“Pas melihat cadangan Dr Mahathir sekadar cubaan menggunakan pembangkang untuk menukar Najib demi menyelamatkan parti kesayangan beliau, Umno, yang sudah tidak berupaya memperbetulkan diri kerana masalah politik wang.

“Cadangan Dr Mahathir bukan penyelesaian kepada masalah negara kerana bebanan hasil daripada salah urus tadbir negara akan terus terikat di bahu rakyat. Isu GST yang membebankan rakyat, hutang 1MDB serta isu RM2.6 bilion ‘sumbangan’ dalam akaun perdana menteri, gejala rasuah yang kini dikenali sebagai derma dan kedudukan daya saing negara dalam ekonomi global dan serantau akan terus menjadi isu utama di bawah budaya BN,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, adalah sesuatu yang pelik apabila Dr Mahathir cuba menurunkan Najib tetap masih belum keluar dari Umno.

Katanya, negara ini hanya dapat diselamatkan dengan membuat rombakan menyeluruh terhadap sistem yang sudah korup dan menukar parti yang menerajui negara.

“Soal perubahan menyeluruh mesti berpijak kepada kekuatan satu pasukan pembangkang yang mantap dan kesedaran seluruh ahli politik yang ada,” katanya.

Sehubungan itu, menurut beliau, Pas akan menganjurkan Kongres Rakyat pada 12 September ini 2015 sebagai medan terbuka bagi merumus pelan tindakan dalam menangani perubahan menyeluruh ini.

“Kepimpinan politik khasnya dan semua NGO perlu duduk semeja, ketepikan sentimen taksub kepartian dalam merangka perubahan menyeluruh ini bagi mencari formula baru,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Actress Megan Fox files for divorce from Brian Austin Green


Megan Fox and Brian Austin Green married in 2010. - Reuters pic

LOS ANGELES: "Transformers" star Megan Fox filed for divorce from actor Brian Austin Green on Friday after five years of marriage, a Los Angeles court spokeswoman said.

The filing in Los Angeles Superior Court came after media reports earlier this week that the couple had separated.

Fox, 29, is best known for starring in the blockbuster "Transformers" movie in 2007 and a 2009 sequel. In 2008 she was named the world's sexiest woman in a poll by the magazine FHM.

She has said she met Austin Green, who appeared in the 1990s television show "Beverly Hills, 90210," when she was 18 and he was 30. They went on to date for years and married in 2010.

The couple have two children together. 

- Source: Reuters

Lima sekeluarga maut nahas di KM 40 Jalan Kimanis-Keningau

Kenderaan yang dipandu itu dipercayai terbabas dan terbalik ke jalan bertentangan menuju ke Keningau.

KOTA KINABALU: Lima sekeluarga maut manakala seorang kanak-kanak cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda Isuzu D-Max yang dinaiki mereka hilang kawalan di Kilometer 40 Jalan Kimanis-Keningau, petang semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira 5 petang itu, pemandu kereta Nur Fitriati Sukarno, 28, dan empat anggota keluarga termasuk ibu, Supiati Mohd Salleh, 53, dua kakaknya Triana Nur Khasanah Sukarno, 34, dan Dwi Rahmahyanti Sukarno, 35 serta abangnya Eka Sudarmono Sukarno, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, Muhammad Hamizan Mohd Khaidir mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Papar DSP George Abdul Rakman berkata, ketika kejadian kenderaan yang dinaiki keluarga itu dalam perjalanan dari Tawau ke Kimanis.

Kenderaan yang dipandu Nur Fitriati itu dipercayai terbabas dan terbalik ke jalan bertentangan menuju ke Keningau, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

- Sumber: Bernama | Ogos 22, 2015  

Swiss open criminal proceedings against 1MDB

OAG opened a criminal procedure against two entities of 1MDB as well as against an unknown person

ZURICH: A criminal proceeding against 1Malaysia Development Berhad (1MDB) has been opened by Switzerland’s Office of the Attorney General (OAG).

"The Office of the Attorney General confirms that, on Aug. 14 2015, it opened a criminal procedure against two entities of 1MDB as well as against an unknown person," said its spokesman as quoted by Reuters.

He added that the proceedings involved suspected corruption of public foreign officials, dishonest management of public interests and money laundering.

The proceeding opened following two communications from the Money Laundering Reporting Office Switzerland (MROS).

On Wednesday, Swiss financial regulator FINMA said they were checking with several banks in the country if any business was carried out with 1MDB. 

- Source: Astro Awani |  August 22, 2015  

Fakta ringkas anak panda Liang Liang

Anak panda yang berukuran 20 cm ini akan dikuarantin selama dua bulan. - Astro AWANI/Tan Su Lin

KUALA LUMPUR: Berukuran hanya 20 cm panjang, sebesar tapak tangan manusia, anak panda yang dilahirkan 1.45 petang Selasa kini berada dalam keadaan sihat.

Menurut Pengarah Zoologi dan Veterinar, Pusat Konservasi Panda, Dr Mat Naim Ramli bayi panda betina seberat 175 gram itu berada dalam dakapan ibunya, Liang Liang dan akan dikuarantin selama dua bulan.



- Sumber: Bernama

Nicolas Otamendi tolak United kerana Negredo

Otamendi bersama jersinya bernombor 30 pada sesi memperkenalkan pemain baharu City.

NICOLAS Otamendi menjelaskan ada sebab mengapa dia memilih untuk bersama Manchester City berbanding Manchester United.

Jelas pemain pertahanan baharu The Citizens itu, semuanya kerana kata-kata bekas penyerang City, Alvaro Negredo.

Menurutnya, Negredo yang pernah dipinjamkan ke Valencia musim lalu menjelaskan City merupakan satu pasukan yang hebat.

“Saya pernah bersembang dengan Negredo. Dia beritahu bahawa City merupakan pasukan yang istimewa,” kata Otamendi.

Bekas pemain Valencia itu secara rasminya mengikat kontrak selama lima tahun bersama City, semalam.

- 22 Ogos 2015

Anak Datuk K pilih gadis Indonesia

Majlis pertunangan Asyraf Khalid dan pasangannya. - Sumber foto internet

ANAK tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid selamat bertunang dengan gadis pilihannya yang juga merupakan seorang selebriti Indonesia, Tya Ariffin.

Majlis pertunangan tersebut diadakan di Palembang, Indonesia berlangsung meriah dan dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Ibu Asyraf yang juga bekas isteri Datuk Khalid Mohd Jiwa, Datin Tengku Zawyah Tengku Izham turut kelihatan pada majlis itu.

Setelah selesai majlis, seluruh keluarga turut menyambut pula ulangtahun perkahwinan yang ke-9 buat pasangan bahagia Datuk Siti Nurhaliza dan Khalid atau dikenali dengan panggilan Datuk K.

- Sumber: Sinar Harian 

Kafeina boleh cegah rambut gugur?

Gambar hiasan

BERAPA banyakkah manfaat yang boleh didapati seseorang lelaki daripada kafeina? Terlalu banyak, kata seorang saintis Jerman.

Hasil kajian yang beliau lakukan dengan kerjasama institut penyelidikan dan klinik Jerman mendapati minuman penyegar tubuh itu juga mampu mencegah keguguran rambut dalam kalangan lelaki.

Dr Adolf Klenk, ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Dr Kurt Wolff, berkata kajian itu menunjukkan bukti bahawa apabila kafeina menembusi jauh ke dalam umbi rambut, ia akan melindungi rambut daripada kesan negatif testosteron dan keguguran rambut secara pramatang.

"Kami mencipta syampu daripada sari kafeina, yang menghasilkan tenaga diperlukan dalam fasa pertumbuhan rambut serta mampu bertindak balas terhadap kesan testosteron yang menyebabkan botak," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata rawatan ini tidak begitu berkesan bagi tujuan pemulihan, tetapi lebih kepada pencegahan.

"Orang muda patut mendapatkan rawatan pencegahan ini apabila mula mencapai usia baligh, terutama yang mempunyai sejarah genetik...ini boleh dipastikan berdasarkan sejarah keadaan rambut bapa dan datuknya," kata beliau.

Dr Klenk berkata meminum kopi tidak memberi kesan sama kerana dos kafeina yang diperlukan untuk sampai ke umbi rambut ialah kira-kira 40 hingga 50 cawan minuman kopi dan ia dengan cepat terlarut serta dikumuhkan oleh tubuh.

Saintis ini berada di Kuala Lumpur baru-baru in untuk membentangkan hasil penyelidikan printisnya tentang kesan kafeina terhadap kehilangan rambut dan beliau menjelajah ke seluruh dunia untuk berkongsi penemuannya tentang perkara itu. 

- Sumber: Bernama

Friday, 21 August 2015

‘Mereka peguam, bukan tidak tahu undang-undang’


SHAH ALAM - Pihak yang menyuarakan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digulingkan namun dalam masa sama mengekalkan kerajaan sedia ada sebenarnya tahu perkara itu tidak boleh berlaku.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, kumpulan seperti Bersih 4.0 seolah-olah tidak tahu peraturan sebaliknya tetap memilih untuk mengelirukan rakyat.

“... mereka bukan tidak tahu undang-undang negara kita. Tekanan-tekanan yang mengatakan ‘kami bukan nak tumbangkan kerajaan tapi kami tidak mahu Najib sahaja’, ini satu kenyataan yang mengelirukan rakyat.

“Hakikatnya mereka tahu. Ramai peguam dalam parti dan NGO termasuk Ambiga (Bekas Pengerusi Bersama Bersih),” katanya kepada Sinar Online.

Tiada istilah hanya mengguling Perdana Menteri tetapi mengekalkan kerajaan kerana jika Perdana Menteri melepaskan jawatannya, barisan Kabinet juga bakal bubar mengikut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

“....perkara itu tidak dapat dielakkan kerana ia adalah sistem negara ini. Dalam Perlembagaan, kalau nak guling Perdana Menteri, kena guling jawatan dan pemerintahannya sekali. Itu pakej.

“Boleh rujuk Perkara 43. Kalau turunkan jemaah menteri, maka kita turunkan kerajaan. Katakanlah saya tak nak Najib, saya nak Muhyiddin (bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin), maka turun Najib, naik Muhyiddin.

“Itu tidak boleh. Sebab Najib adalah Perdana Menteri kepada jemaah menteri. Ini sistem kita,” katanya lagi.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, di bawah Perkara 43 (4) berkenaan jemaah menteri, jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka perdana menteri hendaklah meletakkan jawatan jemaah menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Abdul Halim, tekanan yang diberikan kepada Najib hari ini adalah untuk ‘memaksa’ supaya Ahli Parlimen Pekan itu memanggil pilihan raya awal.

“Jika berlaku undi tidak percaya di Parlimen, Najib akan letak jawatan bersama-sama jemaah menterinya. Tak boleh pula menterinya kata tak mahu letak jawatan atau beliau boleh membubarkan dewan (Dewan Rakyat) untuk laksanakan pilihan raya awal.

“Mana satu pun, memang akan menyebabkan berlakunya pilihan raya. Ini yang mereka nak. Mereka mahu tekan Najib supaya buat pilihan raya awal,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian

Foto eskalator KL Sentral 'runtuh' jadi viral

Keadaan eskalator yang rosak di KL Sentral

BULAN lalu, seorang wanita di China maut selepas terjatuh apabila lantai eskalator 'runtuh' di sebuah pusat membeli-belah.

Namun heboh di media sosial mengenai kejadian yang hampir serupa berlaku di negara ini beberapa hari lalu namun ia tidak melibatkan kecederaan.

Seorang pengguna media sosial, Ikhwan melalui laman Facebooknya memuatnaik foto yang menunjukkan keadaan lantai eskalator di KL sentral yang 'runtuh'.

Menurut Ikhwan, dia yang berada di lokasi kejadian ketika itu hendak menggunakan eskalator berkenaan sebelum pemijak lantai itu tiba-tiba terjatuh.

"Kejadian berlaku petang tadi (18 Ogos) di KL Sentral, 3 meter belakang aku, tiba-tiba benda ni (eskalator) rosak, yang di belakang aku semua selamat..dekat nak sama macam kes di China tempoh hari", tulisnya.

Walau bagaimanapun, menurut Ikhwan, tiada kecederaan dilaporkan.

- Sumber: Sinar Harian