Saturday 22 August 2015

Derma RM2.6 bilion bantu UMNO lawan pengaruh DAP-Yahudi

ABDUL AZIZ: Penderma berkenaan khuatir sekiranya pengaruh Yahudi akan meresap di negara ini melalui DAP dan memusnahkan kerajaan Islam yang diketuai Barisan Nasional (BN). Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sumbangan RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada salah seorang penderma dari timur tengah adalah bagi membantu UMNO menentang DAP, lapor The Malaysian Insider.

Ketua Bahagian UMNO Sri Gading, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mendakwa DAP telah dibiayai Yahudi ketika parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum 2013.

The Malaysian Insider juga memetik Abdul Aziz sebagai berkata, penderma berkenaan khuatir sekiranya pengaruh Yahudi akan meresap di negara ini melalui DAP dan memusnahkan kerajaan Islam yang diketuai Barisan Nasional (BN).

"Kalau kita kalah, DAP akan berkuasa. DAP dengan dana Yahudinya akan mengawal negara ini.

Berdasarkan perkara itu, rakan-rakan Islam kita di Timur Tengah dapat melihat ancaman Yahudi melalui DAP," katanya kepada perwakilan bahagian Sri Gading.

Sementara itu, Abdul Aziz turut memuji Najib sebagai seorang pemimpin Islam yang hebat di rantau ini sehingga mampu menarik kepercayaan bagi memperjuangkan agama Islam.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akuan peribadi Najib daripada negara 'bersaudara' di timur tengah yang mahu parti tertentu menang dalam pilihan raya umum yang lalu.

Mohamed Nazri berkata ia diberikan kepada Malaysia oleh negara sahabat iaitu negara yang tidak sekuat mana berbanding Malaysia.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment