Saturday 22 August 2015

Ternipis, ringan taruhan Galaxy Tab S2

Galaxy Tab S2

DUNIA teknologi terutamanya teknologi telefon pintar semakin banyak persaingan dan pembaharuan dalam menampilkan teknologi telefon pintar yang terbaharu dan sesuai dengan kehendak pengguna.

Boleh dikatakan setiap minggu terdapat telefon pintar baharu di pasaran. Terbaharu adalah Samsung yang mempertaruhkan Galaxy Tab S2, tablet premium yang dilabel sebagai paling nipis dan ringan. 

Galaxy Tab S2 didatangkan dengan kemasan bingkai besi menjanjikan prestasi penggunaan yang berkuasa ditampilkan dalam saiz paparan 8 inci.

Tablet ini yang hanya setebal 5.6 milimeter dengan berat 392 gram (model 9.7 inci) dan 272 gram (model 8 inci) serta sangat mudah dikendalikan.

Disamping peningkatan dari segi kemudahan penggunaan, ia juga menawarkan kelebihan dwifungsi iaitu untuk membantu meningkatkan produktiviti dan sebagai alat hiburan yang mudah dibawa ke mana saja.

Tablet ini turut menawarkan teknologi Super AMOLED yang menyempurnakan dan mengoptimumkan paparan apa juga jenis visual digital. 


Tablet ini yang hanya setebal 5.6 milimeter dengan berat 392 gram (model 9.7 inci) dan 272 gram (model 8 inci) serta sangat mudah dikendalikan.

Galaxy Tab S2 mampu memenuhi pelbagai kemudahan penggunaan mudah alih paling berkesan bagi memaksimumkan produktiviti dengan dilengkapi perisian Microsoft Office dan kemudahan simpanan data 100 gigabit secara maya melalui OneDrive yang diberikan secara percuma selama dua tahun. 

Model 9.7 inci juga boleh digunakan bersama papan kekunci Book Cover Keyboard bagi memudahkan urusan menaip seumpama menggunakan komputer peribadi.

Samsung turut tidak lupa memasukkan fungsi keselamatan dengan melengkapkan peranti itu dengan sistem pengenalan cap jari pada butang pemula (home key) dan perisian anti-malware. 

Begitu juga dengan hiburan, tablet ini didatangkan bersama perisian TV internet Iflix diberikan secara percuma selama setahun buat pembeli Galaxy Tab S2 selain Milk Music yang menawarkan radio internet percuma dengan sembilan pilihan genre muzik.

Tablet ini yang didatangkan dalam tiga warna iaitu emas, putih dan hitam akan mula berada di pasaran pada 14 Ogos dengan harga RM1,699 dan RM1,999 (saiz 9.7 inci).

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment