Sunday, 23 August 2015

Tahan pegawai SPRM tindakan jijik, hina

Abdul Hamid Bador

DAMANSARA - Bekas‎ Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador menyifatkan tindakan menahan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai perbuatan jijik dan hina.

Bekas pemimpin nombor dua di Cawangan Khas itu berkata, tindakan itu dilihat sebagai tidak melihat kepada semangat undang-undang.

"Sepatutnya guna pendekatan lain sepetti memanggil mereka memberikan keterangan sahaja bukannya menangkap mereka. 

"Mereka adalah pegawai kerajaan yang berintegriti, bukan samseng bukan pengamal ajaran sesat," katanya ketika ditemui pemberita hari ini. 

Beliau berkata demikian mengulas tindakan polis yang melakukan siasatan kepada pegawai SPRM yang sedang menyiasat kebocoran maklumat syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Wall Streel Journal (WSJ).

Jelasnya, tindakan sedemikian akan menakutkan lagi pegawai-pegawai kerajaan melakukan tugas.‎

- Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment