Abdul Hamid Bador
DAMANSARA - Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador hari ini menggesa pihak yang terbabit dalam isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) agar tampil memberi jawapan yang meyakinkan kepada rakyat mengenai isu itu.
Katanya, pelbagai polemik timbul berkenaan isu tersebut, sehingga menggusarkan rakyat dan jawapan yang diberikan pihak yang bertanggungjawab pula dilihat begitu mengelirukan sehingga menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
"Mengenai kekeliruan yang timbul sekarang iaitu isu tentang 1MDB ini, tampillah ke hadapan, perkara ini mudah dan beritahu rakyat.
"Apa 1MDB ini, ke mana duit. Terang apa yang berlaku kerana sekejap orang bagi kenyataan bercanggah, kenyataan tidak lengkap, bila ditanya tutup soalan. 'What happen (apa berlaku), di mana duit rakyat nak tahu.
"Betul ke berhutang begitu banyak, betul ke duit dah lesap? Kalau tak betul come forward (datang ke hadapan), kenapa dilambatkan. Rakyat resah, orang kampung resah," katanya kepada media di Damansara hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, pihak berkenaan perlu berani menghuraikan segala kekusutan dalam isu 1MDB ini.
"You must be brave, be a man come forward (awak mesti berani, jadi 'jantan' dan mara ke hadapan dan kongsilah, insyaALLAH kalau penjelasan benar rakyat dapat terima. Persepsi yang terbina sekarang amat negatif sekali.
"Tetapi bagi kami yang percaya 'rule of law ' yang percaya keutuhan perlembgaaan, saya percaya setiap orang itu ada hak untuk menjelaskan dan hak untuk diberi peluang untuk menjelaskan. Banyak forum yg boleh dilakukan," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, 1MDB bukanlah isu perkauman dan ia merupakan isu rakyat.
"Rakyat cuma ingin tahu kebenarannya, jangan bagi alasan seperti tunggu dulu biar jawatankuasa, lepas itu tunda lagi penjelasan.
"Susah sangat ke PAC, dan Jawatankuasa khas hendak beritahu, kalau kata kes panjang sangat tapi ada bahagian selesai, kenapa bahagian yang selesai itu tidak diumumkan.
"Kongsilah dengan rakyat," katanya.
Katanya, tahap kesabaran rakyat sudah di penghujung tetapi rakyat masih boleh bersabar, namun tidak dijangka sampai bila kesabaran tersebut dapat dibendung.
"Kembalikan tanggungjawab dalam majlis jelaskan satu persatu. Buat sesi kedua ,ketiga sekurangnya rakyat dapat sabar tahu satu persatu.
"Saya cakap sebab persepsi terbina sekarang amat buruk. Belum bicara rakyat dah hukum. Tidakkah kita rasa tanggungjawab nak betulkan kalau rakyat salah persepsi. Tampil ke depan dan jelaskan," katanya.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment