Thursday 2 July 2015

Meizu MX5 dengan kamera 20.7MP - dibawah RM1,000

Meizu MX5

MEIZU, namanya masih belum cukup popular dan dikenali ramai seperti Xiaomi dan Oppo. Akan tetapi sebenarnya jenama telefon pintar ini menawarkan produk yang cukup berkualiti dan boleh bersaing dengan jenama terkenal lain. 

Malah, Meizu juga memiliki sistem OS Android versi mereka sendiri iaitu OS Flyme yang boleh disifatkan setanding dengan MIUI milik Xiaomi. 

Terbaharu adalah siri produk telefon pintar mereka Meizu MX5 yang bakal muncul tidak lama lagi tetapi maklumat mengenai telefon ini dikatakan rekaannya mengambil inspirasi rekaan iPhone. 

Bahkan spesifikasi Meizu MX5 yang sudah tersebar di internet menyatakan peranti ini akan memiliki skrin 5.5 inci FULL HD, dengan pemproses 10 core daripada Mediatek, Helio X10, RAM 3GB, simpanan dalaman 16GB serta OS Android 5.0.1. 

Bahagian belakang telefon pintar ini pula dikatakan mempunyai kamera dengan resolusi 20.7MP serta kamera depan 5MP yang menjadikan siri terbaharu telefon pintar Meizu ini sesuai digunakan pengguna yang suka bergambar. 

Bateri yang disertakan juga cukup besar iaitu 3150 mAh yang boleh bertahan hampir 24 jam tanpa perlu dicaj. Ini adalah antara kelebihan teknologi bateri daripada Meizu, dengan ketahanan bateri yang cukup tinggi. 

Mengenai harganya pula, dikatakan ia bakal dijual dalam segmen menengah, mampu dimiliki bawah RM1,000 seunit.

- Sumber: BH online 

No comments:

Post a Comment