ADIRA: -Saya boleh katakan masih sayang dia dan hati itu masih ada. Malah keluarga terutama ibu saya juga sayang pada dia tetapi saya anggap kami tidak ada jodoh.
PENYANYI Adira mengakui walaupun dia redha dengan ketentuan Ilahi namun tidak menafikan rasa sayang terhadap bekas tunangnya, Shahrul Nasrun masih ada.
Menurut Adira, dia tidak menyimpan dendam terhadap bekas tunangnya dan menganggap bahawa tiada jodoh antara mereka.
“Sekarang ini saya dah moved on sebab perkara ini (putus tunang) pun dah lama sejak April lalu.
“Selama ini saya tidak bercerita sebab mahu jaga nama baik keluarga tetapi disebabkan dia (bekas tunang) sudah beri kenyataan, jadi saya hanya mengiyakan sahaja.
“Saya boleh katakan masih sayang dia dan hati itu masih ada. Malah keluarga terutama ibu saya juga sayang pada dia tetapi saya anggap kami tidak ada jodoh.
“Buat masa ini, fokus saya sekarang pada famili dan karier saya,” katanya seperti yang dilapor portal Murai.
Bagaimanapun, Adira percaya bahawa setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah dan kejadian itu tidak membuatkan dirinya serik untuk bercinta.
“Serik tu memang serik, tapi tidaklah sampai rasa tidak mahu bercinta lagi. Saya pun tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
“Biarlah masa yang akan menentukan segalanya. Saya juga tidak menolak dengan sesiapa pun jodoh saya,” ujarnya pendek.
- Sumber: Astro Gempak
No comments:
Post a Comment