Azwan Ali
"JANGAN biadab!" ringkas pesanan selebriti, Azwan Ali selepas mendakwa isu permohonan maafnya diperbesar-besarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Azwan mendakwa terdapat pihak lain yang menjadi 'panas' selepas timbulnya isu tersebut.
"Yang menjadi masalah adalah kes itu dikutip untuk dilaga-lagakan, sindir-sindirkan Azwan Ali ke tahap yang lebih besar (teruk)," katanya dalam satu temubual dengan sebuah blog hiburan tempatan.
Azwan juga turut meminta orang ramai membaca permohonan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ayah Arka sebelum ini dengan teliti.
Menurut Azwan, Ayah Arka bukannya menggertaknya seperti yang didakwa sesetengah pihak.
"Itu bukan gertak!
"Bila masa ada ayah gertak aku, tak ada. Jadi anda spoil dia punya isu. Dia tak gertak. Anda baca betul-betul kenyataan Ayah Arka di Sinar Online.
Selain itu, Azwan berkata, dia juga mudah meminta maaf jika perkara itu menyentuh hatinya.
"Saya mudah untuk minta maaf jika orang tersebut guna ayat-ayat menyentuh hati," kata pengacara popular berkenaan
"Termasuk (permintaan) ayah (Arka)," tambahnya.
Sebelum ini, Ayah Arka memberikan tempoh seminggu bagi selebriti itu untuk membuat permohonan maaf sebelum laporan polis dibuat.
"Ramai yang tahu saya sudah minta maaf, dan ramai yang hormati saya (kerana) semudah itu menghulurkan maaf.
"It's actually a small matter (sebenarnya ini masalah kecil)," tegasnya.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment