Tuesday 2 June 2015

Warga emas maut dirempuh layang-layang gergasi

Seorang lelaki warga emas maut tersangkut layang-layang gergasi apabila ia merempuh sekumpulan pengunjung di sebuah festival di Jepun, lapor seorang pegawai.

SEORANG lelaki warga emas maut tersangkut layang-layang gergasi apabila ia merempuh sekumpulan pengunjung di sebuah festival di Jepun, lapor seorang pegawai.

Sebuah rakaman video menunjukkan layang – layang yang seberat 700 kilogram, berukuran 13 meter oleh 12 meter merempuh kerumunan penonton di Higashiomi pada Ahad lepas, mencederakan empat orang termasuk seorang warna emas bernama, Junichi Yoshii, dan seorang kanak – kanak lelaki berusia tujuh tahun.

Menurut jurucakap bandar tersebut, kematian seorang lelaki berusia 73 tahun disahkan pada awal pagi Selasa.

"Langkah-langkah keselamatan tidak mencukupi," kata Datuk Bandar, Masakiyo Ogura.

Memetik laporan AFP, Masakiyo memohon maaf kepada semua pengunjung dan penduduk kawasan itu atas tragedi yang berlaku dalam satu perhimpunan pada Isnin lepas.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan polis sedang melakukan siasatan ke atas kes itu, yang dipercayai berlaku kerana kecuaian profesional

Difahamkan, sambutan festival tahunan "Big Kite" itu bukan sesuatu yang luar biasa di Jepun dan setiap tahun, kecederaan pengunjung akan dilaporkan.

Pada tahun 2004, lapan orang tercedera apabila sebuah layang-layang gergasi merempuh orang ramai di Kanagawa,Tokyo.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment