Tuesday, 2 June 2015

Alhirnya 'Mat Malaya' diberkas polis di Kundasang

JALALUDDIN: Suspek diberkas kira-kira jam 10.50 malam tadi selepas sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan Ranau menyerbu sebuah inap desa di Kundasang.

KOTA KINABALU: Polis memberkas 'Mat Malaya', lelaki yang amat dikehendaki kerana disyaki menembak serta mencederakan kaki seorang pembantu mekanik di sebuah bengkel membaiki penyaman udara, pada Mei lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata Mat Malaya, 44, yang diburu pihak berkuasa hampir sebulan lalu, diberkas kira-kira jam 10.50 malam tadi selepas sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan Ranau menyerbu sebuah inap desa di Kundasang.

Dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang wanita tempatan berumur 24 tahun dan merampas dua buah telefon bimbit, katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 6 Mei lalu, suspek yang beralamat di Shah Alam, Selangor, menghilangkan diri selepas menembak kaki pembantu mekanik berumur 36 tahun di sebuah bengkel membaiki penyaman udara kenderaan di Jalan Tuaran.

Dalam kejadian itu, suspek dipercayai melepaskan tiga das tembakan dan satu daripadanya mengenai serta menembusi kaki kanan mangsa.

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment