NORA Danish dan kekasih, Nedim Nazri. - Foto ihsan Instagram noradanish
KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish menolak laporan bahawa kekasihnya Nedim Nazri kini menjadi pengurus baharunya sambil menyifatkannya ia sama sekali tidak berasas.
"Dakwaan itu tidak berasas. Mengenai dakwaan mengatakan Nedim itu sebagai pengurus, ia sangat kelakar," katanya.
Nora menjawab laporan dalam ruangan gosip Metro Ahad hari ini bertajuk "Nora singkir pengurus?.
Nora Danish turut memuat naik kenyataan balasnya di laman Instagram sekali gus menafikan Nedim atau Bossned sebagai pengurus sekali gus menjadi pembantu peribadinya.
"Dulu timbul kisah dia (Nedim) jadi pengawal peribadi saya kini pengurus pula. Dia seorang usahawan yang dihormati dan begitu juga keluarganya. Harap tidak babitkan nama mereka," katanya.
Mengenai kisah Nora menyingkirkan pengurusnya yang dikenali sebagai Mat, dia menyifatkan perkara itu tidak perlu diperbesarkan.
"Siapa yang hendak saya berhentikan itu hak saya sebagai majikan. Ibarat saya berhentikan pekerja di kafe, takkan itu pun nak ditulis," katanya.
- Sumber: BH online
No comments:
Post a Comment