Tuesday, 2 June 2015

Isu pakaian: 'Semua orang tahu saya sempoi, jangan telanjang sudah'


NAZRI: Semua orang tahu saya 'sempoi'. Jangan telanjang sudah.

KUALA LUMPUR: Kerajaan dilihat perlu mewujudkan satu portfolio khas jawatan Menteri Kebudayaan yang bakal menjadi ikon berbusana serta pemakaian rakyat di majlis keraian serta santai di negara ini.

Budayawan, Profesor Dr Siti Zainon Ismail menyifatkan keperluan itu perlu dipenuhi segera sekali gus memenuhi gaya pemimpin yang tahu nilai berbudaya.

"Seorang sarjana dan gaya berbusana. Mereka perlu faham dan tahu nilai budaya masyarakat. Wujudkan portfolio hanya Menteri Kebudayaan untuk memastikan skop ini terjamin.

"Pengertian busana adalah milik bersama, kita gembira untuk berkongsi busana pada waktu yang tepat.

"Sedap mata, sedaplah hati. Apabila berbusana ia perlu betul pada waktu dan majlisnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Dr Siti Zainon mengulas mengenai pemakaian pemimpin yang seharusnya dipakai semasa di dalam majlis atau keraian yang dihadiri, termasuk apabila melibatkan masyarakat.

Kritikan pengguna laman Facebook terhadap cara pemakaian Nazri yang dikatakan tidak sesuai dalam majlis formal. -Sumber gambar Instagram bossned_

Pada Isnin, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dikritik seorang pengguna laman Facebook yang menyifatkan pakaian yang dipakainya di dalam sebuah majlis kelihatan tidak sesuai.

"Kegagalan memahami atau sengaja buat tidak faham protokol dan etika majlis rasmi? Janganlah pakai seperti hendak melancong di dalam majlis rasmi. Mohon PA (Pembantu peribadi) menteri pelancongan terasa," kata pengguna laman itu yang dikenali sebagai Suhairi Sujairi.

Kritikan itu mendapat reaksi anak Nazri, Nedim yang melapor perkara berkenaan semasa makan tengah hari bersama ayahnya.

"Sapa dia ni yang comment pasal my dressing? Sapa budak ni. Aku daripada dulu macam ni pun, rakyat dah pilih aku 5 penggal pilihanraya. Tak pernah kalah.

"Kalau hamlau ni rasa dia bagus sangat, tak yah cakap banyak. Aku tunggu dia di Padang Rengas utk pilihanraya yang ke-14 ni. Kita tgk Padang Rengas nak dia ke aku?" kata Nazri ketika dipetik dari laman Instagram bossned_ milik Nedim.

Nazri turut mengakui sifat sombongnya terutama berhadapan dengan individu bernama Suhairi.

"Dan tak payah nak comment aku sombong. Aku mmg sombong dengan orang macam ni! Peduli apa saya nak pakai apa. Semua orang tau saya sempoi. Jangan telanjang sudah," tambah Nazri di laman Instagram itu.

Sebelum ini, Dr Siti Zainon pernah menasihati remaja wanita di negara ini agar tidak meniru gaya gambar aksi separa lucah bintang realiti TV popular, Kim Kardashian dalam sebuah majalah antarabangsa.

Bagaimanapun katanya, remaja negara ini juga tidak boleh dipersalahkan seratus peratus seandainya ada kecenderungan untuk meniru aksi Kardashian dan dipapar di laman media sosial seperti Facebook.

Ujarnya, sikap remaja itu sendiri mempunyai sikap suka meniru dan seandainya berlaku, ia disifatkan sudah direstui pengguna media sosial secara amnya.

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment