Thursday 25 June 2015

Selebriti popular jayakan alih suara filem Transformers: Age of Extinction


SIDANG Media 'Transfomers: Age of Extinction' dalam Bahasa Malaysia di Le Meridien Hotel Kuala Lumpur bersama HBO Asia. - Foto Zunnur Al Shafiq

KUALA LUMPUR: Barisan selebriti popular tempatan dipilih untuk terbabit dalam alih suara filem Transformers: Age of Extinction. 

Filem itu dialih suara ke Bahasa Malaysia kerana ia berjaya meraih kutipan tertinggi pada tahun 2014.

Antara selebriti yang terbabit ialah Fahrin Ahmad (Cade Yeager), Hisyam Hamid (Optimus Prime), Sharnaaz Ahmad (Galvatron), Izzue Islam (Drift), Akim Ahmad (Crosshairs), Hazama (Lockdown), Nabil Ahmad (Brains), Scha Alyahya (Darcy Tirrel), Ayda Jebat (Tessa Yeager), Elizabeth Tan (Su Yueming) dan ramai lagi.

HBO Asia dengan kerjasama ASTRO buat julung kalinya mengalih suara sebuah filem aksi dalam bahasa tempatan, berikutan kejayaan lalu alih suara selebriti dalam Bahasa Malaysia menerusi filem animasi lain.

"Filem Transformer : Age of Extinction dipilih berikutan kejayaannya berjaya mencapai kutipan tertinggi di seluruh dunia. Langkah ini juga mengikut beberapa pengenalan beberapa perkara menarik di Malaysia.

"Buat julung kalinya, HBO Asia mengambil pendekatan untuk mengalih suara sebuah filem aksi dalam bahasa tempatan. Alih suara selebriti untuk filem animasi sebelum ini mendapat sambutan dari penonton," kata Jacelyn Kek selaku Ketua Jualan dan Pemasaran Affliate di HBO Asia.

Kisah aksi epik ini bakal bersiaran di saluran HBO/ HBO HD (411/431) pada 17 Julai (Jumaat) jam 9 malam. Penonton dapat menyaksikan filem ini dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, dengan suara selebriti dari Malaysia, Singapura dan Brunei.

- Sumber: BH online 

No comments:

Post a Comment