Thursday, 25 June 2015

Bekas eksekutif PetroSaudi akan dihantar pulang

Justo ditahan polis Thailand di kediamannya pada Isnin.

SHAH ALAM - Bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Justo yang kini berada di bawah tahanan polis Thailand atas tuduhan memeras ugut bekas majikannya akan dihantar pulang sebaik sahaja siasatan polis selesai.

Menurut akhbar berbahasa Inggeris Thailand, The Nation, sehingga malam tadi, Justo masih berada di bawah tahanan polis.

“Ketika berita ini diterbitkan malam tadi, Justo masih dalam tahanan Jabatan Jenayah Penindasan (CSD) bagi membolehkan siasatan dijalankan dan selepas selesai dia akan dihantar pulang,” lapor akhbar itu.

Jabatan itu pada Selasa mengumumkan penahanan Justo, 49, di sebuah rumah di sebuah pulau peranginan Thailand, Koh Samui.

Laporan sebelum ini menyebut, Justo yang kehilangan pekerjaan cuba menjalankan beberapa perusahaan namun menemui kegagalan.

Menurut sumber, Justo berubah selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya menjadi seorang kaki botol, mencacah tubuh dan masalah disiplin yang menjengkelkan majikan.

Dilaporkan, selepas hilang kerja, dia meneruskan kehidupan bebas di Thailand tanpa kerja tetap atau sumber kewangan yang stabil.

Sukar dipastikan bagaimana Justo bertemu tokoh terpengaruh dari Arab Saudi, tetapi apa yang dilakukan Justo berjaya menambat keyakinan mereka dan menawarkannya jawatan sebagai pentadbir kanan di Geneva.

Itulah detik permulaan Justo mendapat kembali peluang membina kerjaya sebagai eksekutif pentadbiran bagi syarikat minyak Arab Saudi, PetroSaudi International - di mana dia kemudian bertindak mengugut syarikat dengan data-data yang dicuri dari syarikat itu.

Berdasarkan siasatan forensik, sebahagian daripada e-mel dan dokumen yang disiarkan dalam blog Sarawak Report sudah ditokok-tambah selepas dicuri dari pangkalan data PetroSaudi.

PetroSaudi, syarikat antarabangsa industri minyak dan gas yang berpangkalan di Arab Saudi itu, mendapat perhatian di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dijalankan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),1MDB.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment