Thursday, 25 June 2015

Ahli UMNO bertanggungjawab bakar bendera DAP akan dikenakan tindakan



Setiausaha Agung UMNO menyatakan ahli UMNO yang didapati terlibat dalam kes membakar bendera DAP akan diambil tindakan. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Ahli UMNO yang didapati terlibat dalam kes membakar bendera DAP akan diambil tindakan, tegas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Kita pun tidak tahu siapa yang bakar, saya serahkan pada pihak polis untuk mengambil tindakan,” ujarnya ketika diminta mengulas insiden yang berlaku di bawah bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pada Selasa lalu.

Beliau berharap pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan itu lantaran ia dilihat mempunyai niat untuk menyemarakkan semangat kebencian di antara satu sama lain.

Menurut beliau, Malaysia berjaya sebagai satu negara berbilang kaum, agama dan bangsa kerana rakyatnya bersatu.

Selain itu Adnan menasihatkan semua pihak agar berhati-hati, kerana ada banyak pihak yang akan membuat apa sahaja untuk menaikkan sifat kebencian di kalangan masayarakat.

“Ada yang tuduh kata UMNO buat. Tindakan membakar bendera bukan sifat UMNO, jadi tindakan akan diambil jika ada ahli-ahli yang melakukannya,” tambahnya lagi.

Adnan tidak menolak kemungkinan ada pihak yang menggunakan nama UMNO namun segala urusan siasatan, diserahkan kepada pihak berkuasa. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment