Thursday 21 May 2015

TV OLED LG hanya senipis buku nota

LG TV OLED 55 Inci (140 sentimeter)

KEPESATAN teknologi turut membawa kepada perubahan rekaan televisyen (TV) yang dulunya besar dan berat tetapi kini semakin nipis dan ringan. 

Sudah bukan zamannya lagi jika menggunakan TV yang berukuran besar dan berat hinggakan untuk mengangkatnya saja memerlukan kekuatan dua orang. 

LG sekali lagi menjadi peneraju dalam penciptaan TV dengan mengeluarkan model TV yang sangat nipis, hinggakan ada yang menyatakan ia senipis buku nota dengan berat tidak sampai dua kilogram. 

Sekali pandang pasti ramai yang akan terfikir bagaimana TV senipis dan seringan ini boleh diletakkan, tidakkah ia akan membahayakan seperti mudah jatuh dan pecah. 

LG sekali lagi mengambil kira pandangan dan persoalan ini dengan menciptakan idea melekatkan TV ini ke dinding menggunakan magnet, senang dilekatkan selain tidak timbul isu risau jatuh dan pecah. 

Siri baru TV OLED 55 Inci (140 sentimeter) ini dikatakan lebih nipis jika dibandingkan telefon pintar dan tablet lain. 

TV OLED LG ini hanya setebal 0.97 milimeter dengan berat 1.9 kilogram. 

Namun tentu saja TV OLED LG ini masih belum dapat dijumpai di pasaran kerana ia hanya menjadi antara produk yang bakal dipasarkan LG. 

Apa yang pasti jika siri baru TV OLED LG ini dipasarkan, ia akan jauh lebih nipis dibandingkan siri TV OLED LG ternipis saat ini yang berukuran 4.3 milimeter.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment