Thursday 21 May 2015

Bungkusan disyaki bahan letupan gemparkan penduduk Lahad Datu

Penumpang itu menyangkakan kotak tersebut berisi bom dalam kejadian di sebuah pondok bas ekspres, Fajar Centre, di Lahad Datu pada Khamis .

LAHAD DATU: Penemuan sebuah kotak tertulis 'barang kiriman daripada bapa Jamalul Kiram kepada Mat Bom' menggemparkan penumpang salah sebuah bas ekspres di Lahad Datu.

Penumpang itu menyangkakan kotak tersebut berisi bom dalam kejadian di sebuah pondok bas ekspres, Fajar Centre, di Lahad Datu pada Khamis .

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, bas ekspres tersebut bertolak dari terminal Semporna ke Kota Kinabalu dan berhenti seketika di terminal Lahad Datu untuk mengambil penumpang di terminal berkenaan.

Menurut sumber, ketika memunggah beberapa barang di tempat penyimpanan barang, pemandu dikatakan curiga dengan satu bungkusan yang dibawa dari Semporna ke Kota Kinabalu.

'Ini kerana, di atas kotak itu tertera tulisan 'barang kiriman daripada bapa Jamalul Kiram kepada Mat Bom.

Bimbang kotak itu berisi bom, pemandu kemudian memaklumkan kepada pihak pengurusan sebelum menghubungi polis.

Sumber berkata, pemandu juga bimbang kerana kedua-dua nama yang ditulis dalam kotak ini ada kaitan kes pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk Salehuddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima maklumat mengenai kejadian itu dan siasatan mendapati ia adalah bom palsu. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment