Thursday 21 May 2015

Berita kematian isteri jutawan gula Robert Kuok dilapor palsu

Satu sumber rapat dengan keluarga telah memberitahu bahawa wanita yang dilaporkan itu bukan isteri Kuok, Ho Poh Lin.

KUALA LUMPUR: Berita yang mendakwa isteri jutawan Robert Kuok meninggal dunia di sebuah hotel di Korea dilaporkan palsu.

Menurut The Star Online, sumber rapat dengan keluarga telah memaklumkan bahawa wanita yang dilaporkan itu bukan isteri Kuok iaitu Ho Poh Lin.

Agensi berita Korea, Yonhap dalam laporan sebelum ini mendakwa wanita berusia 65 tahun yang dikenal pasti dengan awalan nama G ditemui tidak bernyawa di bilik beliau di hotel Shilla, Seoul pada jam 12:45 tengah hari kerana kegagalan jantung.

G berada di sana untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya minggu depan.

Kuok ialah antara orang terkaya di Malaysia yang berada dalam senarai Forbes sejak tahun 2006.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment