Monday 25 May 2015

Soo Wincci bolot tiga anugerah di Malaysia PWH Music Award



KUALA LUMPUR: Malam tadi, pelakon dan penyanyi Soo Wincci menang tiga anugerah di acara Malaysia PWH (Persatuan Wartawan Hiburan) Music Award yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang.

Anugerah berkenaan boleh diumpamakan seperti Anugerah Juara Lagu yang memartabatkan karyawan muzik Cina tempatan di negara kita. 

Anugerah yang dimenangi Wincci ialah Top 10 Best Local Songs menerusi lagu Ill Be Alright dan Endless Happiness. 

Endless Happiness turut menang kategori Susunan Muzik Terbaik. Selain itu, Wincci turut membawa pulang trofi Media Choice Award.

"Sebenarnya saya sudah mengeluarkan enam album sejak lapan tahun menceburi bidang nyanyian. Dulu waktu menceburi dunia nyanyian, kategori Artis Baharu pun saya tak pernah dicalonkan.

"Kejayaan kali ini amat mengejutkan dan ia penghargaan yang cukup besar dalam kerjaya seni saya. Ia satu penyuntik semangat untuk saya terus berusaha lagi pada masa mendatang," katanya yang turut melebarkan sayap sebagai penyanyi dan pelakon di Taiwan.

Wincci bukan sahaja mengumpul peminat dalam kalangan orang Cina, sebaliknya turut menawan hati peminat Melayu dan India dia Malaysia. 

Beliau pernah menyertai pertandingan program masakan Masterchef Selebriti yang disiarkan Astro beberapa tahun lalu.

Impak pertandingan masakan itu cukup bermakna buat kerjayanya. 

Wincci juga pernah beraksi di pentas teater Takhta Tiga Ratu arahan Erma Fatima yang dipentaskan di Istana Budaya.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment