Monday 25 May 2015

Jadi penjual daging di pasar, 'Puteri Babi' popular sekelip mata

Caijie dipuji kerana tidak kisah bergelumang dengan bau daging yang hanyir.

KUALA LUMPUR: Seorang gadis di Taipei, Taiwan, menjadi sebutan ramai selepas orang ramai meng'viral'kan gambarnya yang sedang memotong daging di kedai milik keluarganya.

Zhang Caijie bukan sekadar gadis cantik, tetapi dia juga tidak malu untuk ringan tangan membantu perniagaan kedua ibu bapanya sehingga diberikan gelara 'Pork Princess' atau 'Puteri Babi' oleh pelanggan.

Ibu bapa Caijie berniaga daging di pasar Dongmen, Taipei.

Caijie yang berusia 25 tahun, tidak menjadikan statusnya sebagai siswa Fu Jen Catholic University sebagai penghalang untuk membantu ibu bapanya melakukan perniagaan itu.

Kini nama Caijie mula menjadi sebutan, dan ramai lelaki yang singgah ke gerai dagingnya semata-mata untuk berkenalan dan mendapatkan nombor telefonnya.

Tidak ketinggalan, ada juga ibu dan nenek yang datang ke gerai itu untuk memperkenalkan anak atau cucu lelaki mereka.

Ramai yang memuji Caijie sebagai anak gadis yang baik kerana tidak kisah untuk bergelumang dengan bau daging yang hanyir demi membantu ibu bapanya. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment