Monday 25 May 2015

Keretakan jalan dikesan di Jalan Tun Razak

DBKL: Maklumat daripada jurutera perunding Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengesahkan laluan menghala ke Jalan Kuching itu selamat digunakan.

KUALA LUMPUR: Keretakan pada permukaan jalan dikesan berhampiran Wisma Perkeso di Jalan Tun Razak di sini, namun menurut seorang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), laluan berkenaan masih selamat digunakan.

Pengarah Kejuruteraan Awam dan Saliran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Ir. Tan Keng Chok berkata ia mungkin ada kaitan dengan pembinaan projek lencongan Sungai Bunus dari Kampung Baru ke Jalan Tun Razak yang sedang dilaksanakan.

"Maklumat daripada jurutera perunding Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengesahkan laluan menghala ke Jalan Kuching itu selamat digunakan oleh pengguna jalan raya," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Menurut Tan, keretakan itu mula dikesan sejak tiga hari lalu.

"Pihak DBKL telah meminta JPS dan perundingnya mengemukakan laporan kestabilan struktur dan jalan berkenaan," katanya.

Sementara itu, jurucakap JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata jalan itu selamat untuk digunakan.

Bagaimanapun, pihaknya akan meminta Ikram Premier Consulting untuk membuat pemeriksaan lanjut.

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment