Monday 25 May 2015

Ribuan obor-obor gergasi 'serang' pantai Britain

Biarpun obor-obor bukanlah satu pandangan luar biasa di pantai di Britain, namun ia disifatkan fenomena pelik apabila jumlahnya lebih daripada satu. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Sebuah kawasan pesisir pantai di Britain 'diserang' dengan ribuan obor-obor gergasi hujung minggu lalu.

Obor-obor dengan saiz kira-kira 5 kaki tinggi dan 3 kaki lebar itu dilihat berenang di sekitar kawasan pesisir pantai Dorset. 

Biarpun obor-obor bukanlah satu pandangan luar biasa di pantai di Britain, namun ia disifatkan fenomena pelik apabila jumlahnya lebih daripada seekor.

Pun begitu, kehadiran hidupan laut dengan nama saintifik Rhizostoma Pulmo ini tidak dianggap sebagai sesuatu yang membimbangkan kerana sengatnya tidak berbahaya dan hanya makan plankton.

Dalam masa yang sama, orang ramai yang berenang berdekatan dengan obor-obor ini tetap tidak digalakkan menyentuhnya.

Kewujudan obor-obor gergasi ini dikatakan berpunca daripada kurangnya jumlah ikan di laut, mengakibatkan obor-obor ini tidak dimakan ikan ketika ia masih kecil. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment