Monday 25 May 2015

Menggerunkan: 139 kubur, 28 kem pemerdagangan manusia ditemui

Ini merupakan kali pertama tapak seumpamanya ditemui selepas krisis penyeludupan manusia tercetus awal bulan ini. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Sebanyak 139 buah kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia ditemukan di sebuah kawasan pedalaman di sempadan Malaysia-Thailand hari ini.

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar mendedahkan hal berkenaan dalam satu sidang akhbar sehari selepas kerajaan mengesahkan penemuan kem dan kubur tersebut.

Ini merupakan kali pertama tapak seumpamanya ditemukan selepas krisis penyeludupan manusia tercetus awal bulan ini.

“Pihak berkuasa menemui 139 kubur. Tidak dapat dipastikan berapa mayat yang berada di dalam satu kubur,” kata Khalid.

Beliau juga turut memberitahu yang jumlah dan saiz 28 kem tersebut mungkin membawa petanda bahawa ia menempatkan ratusan orang.

Saiz paling besar boleh memuatkan kira-kira 300 orang.

Awal Mei lalu, pihak berkuasa Thailand menjumpai kem pemerdagangan manusia dan kubur cetek di sempadan Malaysia-Thailand.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment