Sunday 10 May 2015

Pesawat MAS MH179 berpatah balik

Pesawat tersebut berpusing diudara selama dua jam difahamkan untuk mengurangkan bahan api bagi mendarat. Foto Twitter Flightradar24


SHAH ALAM - Sebuah pesawat MAS MH179 difahamkan telah berpatah balik selepas berpusing-pusing di perairan selat Melaka selama dua jam.

Menurut Twitter Flightradar24, pesawat yang yang menuju ke Colombo, Sri Lanka itu terbang dengan membuat bulatan di perairan barat Pulau Ketam sejam jam 11.30 malam.

Dalam twitter Flightradar24 pada jam 1.30 pagi menyebut, pesawat itu sedang berpatah balik ke Kuala Lumpur selepas dua jam membakar bahan api untuk mengurangkan berat sewaktu mendarat.

Pesawat berkenaan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 20 minit kemudian.

Namun, sehingga kini tiada maklumat berhubung mengapa pesawat ini berpatah balik ke KLIA.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment