Sunday 10 May 2015

Penyamun ucap terima kasih kepada mangsa

Pagar kediaman mangsa yang digunting sebelum rumahnya dimasuki tiga lelaki dalam kejadian di Taman Tengku Ahmad Rithaudeen, Melor di sini, pagi tadi.

KOTA BHARU - Sekumpulan penyamun sempat mengucapkan terima kasih kepada mangsa kerana tidak melawan sebelum meninggalkan kediaman suri rumah dalam kejadian di Taman Tengku Ahmad Rithaudeen, Melor di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, dua suspek memakai topeng dan salah seorang darinya membawa parang bertindak mengacukan senjata itu kepada mangsa sebelum membawa lari wang bernilai RM 8,000.

Ketika kejadian, mangsa, berusia 25 tahun ‎itu sedang tidur dan hanya tinggal bersama tiga anaknya yang masih kecil, manakala suaminya berada di Kuala Lumpur bagi menyambung pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).

"Suspek terbabit mengarahkan mangsa serahkan barangan berharga, manakala dua lagi lelaki masuk ke dalam bilik mangsa dengan mengeledah biliknya dan berjaya melarikan kesemua barangan milik mangsa.

Sementara itu‎ Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan kejadian berkata, suspek dipercayai memotong pagar kerawat sebelum memotong jeriji besi yang terdapat di luar pintu utama kediaman itu sebelum masuk ke rumah mangsa.

"Mangsa‎ yang diacukan parang tidak melawan mahupun menjerit dan tidak mengalami sebarang kecederaan,"katanya.

Akibat kejadian itu, mangsa kehilangan komputer riba jenama Acer, dua utas rantai emas, dua pasang subang emas, dua utas rantai tangan emas, tiga bentuk loket emas dan empat bentuk cincin.

"Nliai kesemuanya berjumlah RM5000, mangsa turut kehilangan wang tunai RM2200 kad pengenalan, kad-kad bank, telefon jenama Samsung S Mini 3, dan Samsung 5202 dan anggaran kerugian bernilai RM8,000.

"Kita masih menjalankan siasatan berhubung kes terbabit dan turut mengesan suspek yang terlibat,"katanya.

Sementara itu Sinar Harian cuba mendapatkan mangsa namun gagal ekoran mangsa tiada di rumah.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment