Sunday 10 May 2015

Fahrin Ahmad nikahi pramugari, Elena Hani

FAHRIN sah bergelar suami kepada Elena dengan sekali lafaz di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara, di sini pagi ini.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, 36, sah bergelar suami kepada Elena Hani Eleas, 37, dengan sekali lafaz tepat jam 10.40 pagi tadi di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara, di sini. 

Teka teki bakal isteri Fahrin sebelum ini menemui titik noktah apabila beliau memilih Elena, seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan. 

Pasangan mempelai ini dinikahkan Ustaz Shahriman Ali Pitchay selaku Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Fahin menyerahkan mas kahwin bernilai RM80 dan sebentuk cincin. Bagaimanapun pasangan itu memilih untuk tidak memberi dulang hantaran.

ELENA Hani Eleas.

Sebelum ini, Fahrin menjadi bualan hangat apabila dalam satu sidang media mengumumkan bakal berkahwin pada 9 Mei namun memilih untuk merahsiakan identiti bakal isterinya.

Justeru, mengulas mengenai spekulasi status isterinya, Fahrin menegaskan Elena yang juga Ketua Pramugari sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai, tidak pernah berkahwin sebelum ini. 

"Saya memilih untuk menjelaskan status Elena kerana timbul pelbagai spekulasi selepas saya membuat pengumuman bakal berkahwin. 

"Saya melihat ada hikmah sebalik tindakan saya merahsiakan identiti Elena yang mana masyarakat membuat telahan mereka sendiri," kata Fahrin. 

Teraju utama Pilot Cafe ini mengenali pasangannya ketika menuntut di Matrikulasi Undang-Undang dan Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. 

Elena kelihatan anggun menggayakan busana putih rekaan Cosry dan dipadankan dengan solekan yang minimalis dan elegan oleh Sue Cantik. 

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, kenalan rapat Fahrin dan Elena serta wakil media. 

Pasangan ini memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan sebaliknya sekadar pertemuan mengikut adat dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat masing-masing.

ELENA Hani Eleas, seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan. 

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment