Sunday 10 May 2015

Kembar tapi lain bapa


[VIDEO] ADAKAH kisah ini akibat meniduri dua lelaki apabila seorang wanita di New Jersey, Amerika Syarikat, terkejut besar setelah diberitahu anak kembar yang dilahirkannya mempunyai bapa yang berlainan.

Cerita ini terbongkar apabila wanita yang dirahsiakan identitinya itu cuba menuntut perintah mahkamah untuk nafkah anak kembarnya daripada seorang lelaki.

Bagaimanapun selepas ujian DNA ke atas salah satu anak perempuan itu mendapati salah seorangnya bukan anak lelaki tersebut.

Selepas disoal, wanita itu mengaku meniduri dua lelaki dalam tempoh seminggu.

Mungkin saja situasi ini berlaku apabila seorang wanita melakukan hubungan seks dengan dua lelaki dalam kitaran haid yang sama dan jangka hayat telur wanita berkeupayaan sehingga 48 jam manakala sperma lelaki boleh hidup sehingga 10 hari.

Seterusnya membolehkan persenyawaan berlaku walaupun membabitkan dua lelaki berlainan.

Menurut di sebuah hospital di New York, biarpun agak janggal, kes seperti ini biasa berlaku namun jarang diketahui kerana ketiadaan sebab untuk melakukan ujian DNA dan paterniti.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment