Sunday 10 May 2015

Diddy rakam single baharu di UK

DIDDY ketika merakamkan single terbaharu berjudul Pergilah. - Foto Instagram

KUALA LUMPUR: Sekitar 21 jam lalu, bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat, Diddy Hirdy ada memuat naik gambarnya berada di dalam sebuah studio rakaman di United Kingdom (UK). 

Menerusi keterangan gambar itu Diddy memberitahu dia sudah siap merakamkan single terbaharu berjudul Pergilah. 

Kali terakhir Diddy muncul dengan single ialah sekitar tahun lalu menerusi lagu Bidadari Hati. Difahamkan Diddy merakamkan lagu berkenaan di Parr Street Studios di Liverpool yang mana pernah digunakan Rihanna, Coldplay dan Justin Bieber untuk merakamkan lagu mereka. 

Lagu itu dijangka dipasarkan di Malaysia tak lama lagi selain versi Inggeris dengan judul Wish Away turut akan dipasarkan di UK. 

DIDDY bersama anaknya, Nadra Aryssa Jauza. - Foto Instagram

"Alhamdulillah misi saya sempurna. Terimalah Pergilah buah tangan saya dari UK buat pengganti diri. Harap ia menepati selera anda semua. Betapa rindunya dengan kerjaya di Malaysia. Sokongan anda semua amatlah dihargai. Moga usaha kali ini membuahkan hasil. Amin," katanya.

Diddy kini bersama isteri dan anaknya berada di UK. Sejak tahun lalu, Diddy melanjutkan pelajaran di sana. Diddy menuntut di University Of Liverpool dalam pengajian Industri Muzik. 

Sebelum ini Diddy turut melanjutkan Pengajian Luar Kampus (Khas) di Universiti Utara Malaysia cawangan Kuala Lumpur (UUMKL) dan menerima Sijil Pencapaian Akademik Terbaik.

Dalam diam dia juga pernah bergelar tutor di kampus utama universiti itu di Sintok Kedah. Diddy sudah berkahwin dengan Allen Nor Azah Musa dan dikurniakan anak bernama Nadra Aryssa Jauza.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment