Sunday 10 May 2015

Cobattery : Bateri Boleh Ditanggalkan Untuk iPhone



Sejak ia diperkenalkan pada tahun 2007, iPhone tidak mempunyai kemampuan bateri yang boleh ditanggalkan. Kombinasi bateri yang tidak boleh ditanggalkan dan kapasiti bateri yang kecil membuatkan iPhone mempunyai jangka hayat penggunaan yang pendek berbanding majoriti peranti pengeluar lain.

Cobattery akan menyelesaikan masalah ini dengan memberikan keupayaan menanggalkan bateri iPhone. Ianya sebuah cangkerang dengan slot bateri yang boleh ditanggalkan. Bateri ini kemudian menjadi power bank kepada iPhone. Kapasiti bateri Cobattery sebesar 3200 mAh adalah lebih besar daripada bateri iPhone 6 yang hanya sebesar 1800 mAh.

Turut disertakan dengan Cobattery ialah dok pengecas bateri khas. Secara teori sebuah bateri boleh digunakan sementara sebuah lagi dicas. Apabila bateri pada Cobattery mula berkurangan anda hanya perlu menukarkannya dengan bateri baru. Peranti dapat digunakan secara berterusan selagi anda mempunyai bateri simpanan yang dicas sepenuhnya.

Sebuah idea yang kreatif dan menyelesaikan masalah peranti perlu dicas dengan wayar sepanjang masa. Sebagai pengguna iPhone 6 yang bosan dengan hayat bateri peranti kami yang menyedihkan, Cobattery ialah penyelesaian yang kami mahukan. Projek ini masih mengumpul dana dan boleh anda sokong pada harga serendah $75. Model yang disokong setakat ini ialah iPhone 5, 5S dan 6.

- Sumber: Amanz 

No comments:

Post a Comment