Sunday 19 April 2015

Isteri baru mengandung selepas lima tahun kahwin

Mohd Mokhtar berkata sesuatu kepada salah seorang ahli keluarga mangsa.

JOHOR BAHRU - "Kami mahu keadilan," itu permintaan Brian Tan, 36, yang juga abang ipar Pegawai Bank HSBC, Taman Molek yang mati ditikam pengawal keselamatan dalam kejadian petang kelmarin.

Keluarga mangsa, Ho Chin Tau, 33, yang baru tiba dari Sabah juga mengakui terkejut selepas mengetahui kejadian menimpa mangsa dan terus bergegas ke Johor Bahru untuk menuntut mayat di Hospital Sultan Ismail.

Isteri mangsa, Tan Li Yan, 34, yang kini hamil lima bulan enggan ditemu ramah kerana terlalu sedih apabila suaminya tidak sempat menatap wajah anak pertama mereka.

Pasangan ini dimaklumkan telah lima tahun mendirikan rumah tangga namun isteri mangsa baru hamil anak pertama.


Ketua Polis Johor, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kejadian terbabit memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara terperinci.

"Suspek sedang direman selama seminggu untuk membantu siasatan dan hasil siasatan awal lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah selain tidak di bawah pengaruh dadah.

"Satu pasukan khas akan ditubuhkan bagi menjalankan siasatan selain turut memanggil syarikat keselamatan tempat suspek bekerja," katanya ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa di Tampoi.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment