Sunday 19 April 2015

Denggi: 36,611 kes dengan 119 kematian dicatat di seluruh negara

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 36,611 kes demam denggi direkodkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga semalam berbanding 27,177 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata ia membabitkan 119 kematian berbanding 94 kematian untuk tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, kes denggi mula menunjukkan penurunan apabila 1,600 kes dicatatkan dalam tempoh dua bulan ini iaitu pada Mac dan April berbanding 3,500 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

"Selangor masih kekal menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes denggi diikuti Perak, Johor dan Pulau Pinang," katanya pada program 'Jom Ganyang Aedes' dengan melawat dari rumah ke rumah pesakit yang pernah menghidap denggi di Taman Guar Perahu Indah, dekat sini, hari ini.

- Sumber: Bernama | 18 April 2015

No comments:

Post a Comment